VAR selamatkan maruah Chelsea, menang 3-2 ke atas Brighton

VAR selamatkan maruah Chelsea, menang 3-2 ke atas Brighton

Pemain Chelsea, Benoit Badiashile cuba melepasi kawalan pemain Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge sebentar tadi. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pasukan Chelsea kembali mencatatkan kemenangan setelah membenam cabaran Brighton & Hove Albion dengan keputusan 3-2 dalam aksi yang berlangsung di Stamford Bridge sebentar tadi.

Anak buah Mauricio Pochettino memulakan perlawanan dengan prestasi memberangsangkan apabila mencetak jaringan pada minit ke 17 menerusi tandukan Enzo Fernandez.

Chelsea terus bersemangat dan hanya memerlukan empat minit sahaja untuk menggandakan jaringan apabila tandukan Levi Colwill disahkan melepasi garisan gol biarpun pemain pertahanan Brighton bertindak untuk mengeluarkan bola dari gawang.

Begitupun segalanya tampak tidak menjadi buat Chelsea pada penghujung babak pertama apabila pelawat berjaya merapatkan jurang menerusi rembatan kencang Facundo Buonanotte pada minit ke 43 untuk kedudukan menjadi 2-1.

Chelsea bertambah parah apabila Connor Gallagher mengutip kad kuning kedua, dan seterusnya dilayangkan kad merah kerana mengasari Billy Gilmour hanya beberapa minit sebelum kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan.

Aksi di babak kedua tampak seimbang biarpun Chelsea kekurangan seorang pemain.

Tuan rumah kembali bernyawa apabila video bantuan pengadil (VAR) berjaya mengesan Mykhailo Mudryk dikasari dalam kawasan penalti sekaligus Chelsea diberikan sepakan penalti..

Fernandez sekali lagi tampil menyempurnakan peluang itu untuk menjarakkan kedudukan buat Chelsea menjadi 3-1.

Tatkala perlawanan seakan-akan tamat dengan keputusan itu, Joao Pedro menjaringkan gol pada masa tambahan babak kedua menerusi tandukan daripada sepakan sudut untuk kedudukan menjadi 3-2.

Drama terus menyelubungi perlawanan ini apabila Brighton mendakwa bola terkena tangan Colwill dalam kawasan penalti, namun pengadil perlawanan tidak memberikan sepakan penalti buat Brighton biarpun telah merujuk kepada VAR.

Chelsea kental bertahan, sekaligus keputusan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya