United kembali ke landasan kemenangan, benam Aston Villa 3-2

United kembali ke landasan kemenangan, benam Aston Villa 3-2

RASMUS Hojlund (tengah) muncul wira Manchester United apabila meledak gol kemenangan ketika mengatasi Aston Villa 3-2 di Old Trafford awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United melakar kemenangan dramatik di laman sendiri ketika membenam Aston Villa 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Aksi longlai di awal babak pertama menyaksikan United dihukum jentera serangan Aston Villa menerusi jaringan pemain tengah, John McGinn pada minit ke-21.

Lima minit berselang, pasukan pelawat terus menggandakan jaringan hasil penyudah Leandro Dendocker untuk menjadikan kedudukan 0-2 kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, The Red Devils terus meningkatkan tempo permainan dah berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Alejandro Garnacho namun jaringan tersebut dibatalkan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Alejandro Garnacho meledak dua gol unutk United

Usaha berterusan Garnacho akhirnya membuahkan hasil apabila bintang Argentina itu berjaya menjaringkan gol pertama United pada minit ke-59 sebelum meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-71 untuk mengikat kedudukan.

Kebangkitan dramatik disempurnakan penyerang yang dibeli pada musim panas lalu, Rasmus Hojlund yang meledak jaringan pertama beliau bersama The Red Devils lapan minit sebelum permainan tamat.

Keputusan Manchester United 3-2 Aston Villa kekal sehingga tamat permainan.-AGENSI

KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS

Burnley 0-2 Liverpool
Sheffield United 2-3 Luton Town
Bournemouth 3-0 Fulham
Newcastle 1-3 Nottingham Forest.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya