Tugas getir Pearly-Thinaah padam jurang 5 dekad

Tugas getir Pearly-Thinaah padam jurang 5 dekad

Pearly Tan dan M. Thinaah menjadi sandaran untuk menamatkan penantian lima dekad beregu wanita menjulang kejuaraan Terbuka Malaysia. - UTUSAN/SHIDDIEQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Acara beregu wanita di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bukanlah acara yang menjadi prospek besar buat skuad negara, namun semua itu mungkin berubah dengan kemunculan Pearly Tan-M.Thinaah menjelang saingan yang akan memasuki edisi ke-64 itu pada 9 hingga 14 Januari depan.

Kali terakhir beregu wanita negara berjaya menjulang gelaran juara Terbuka Malaysia adalah hampir 60 tahun lalu, menerusi Rosalind Singha And dan Teoh Siew Yong ketika edisi 1965.

Begitupun Pearly-Thinaah yang kini menghuni tangga ke 12 dunia berdepan cabaran yang berliku untuk menamatkan penantian itu apabila pasangan No.8 dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Untuk rekod Pearly-Thinah belum pernah melepasi peringkat suku akhir sejak mula layak beraksi di Terbuka Malaysia pada edisi 2021.

“Sasaran untuk Terbuka Malaysia, semua pihak mahukan kemenangan, tetapi kami akan berusaha satu langkah demi satu langkah terlebih dahulu untuk menang setiap perlawanan.

“Pusingan pertama menentang pemain China, rekod sebelum ini memihak kepada mereka, tambahan mereka juga sudah memenangi lima gelaran tahun ini.

“Kami menjangkakan mereka bakal jadi pencabar baru kerana mereka sangat bagus, kuat dan mempunyai stamina tinggi. Kami akan berbincang sesama kami dan menonton permainan untuk mencari strategi terbaik apabila turun menentang mereka,” jelas Pearly yang baru sahaja pulih daripada wabak Covid-19.

Selain Pearly-Thinaah, Malaysia juga turut mempertaruhkan dua lagi beregu wanita bagi saingan Terbuka Malaysia kali ini iaitu Anna Cheong-Teoh Mei Xing dan pasangan profesional, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya