Tugas besar Harimau Malaya 2024 - Hamidin

Tugas besar Harimau Malaya 2024 – Hamidin

HAMIDIN MOHD AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun misi besar Harimau Malaya kini terarah kepada Piala Asia 2023, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap mahu anak-anak buah Kim Pan Gon mempamerkan aksi terbaik di Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, prestasi cemerlang Harimau Malaya perlu diteruskan untuk memastikan Malaysia layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan layak secara merit lebih awal ke Piala Asia 2027.

Hamidin berkata, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara tiga kejohanan penting bagi tahun 2024 yang berada dalam perancangan FAM dan perlu diberikan tumpuan agar pasukan Malaysia terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Dua lagi kejohanan penting pada kalender tahun hadapan untuk FAM adalah Piala Asia di Qatar bulan depan dan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) pada April.

“Kalau kita lihat 2024 nanti, ada Piala Asia di Qatar dan Piala Asia B-23 dan yang penting adalah Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 untuk kita layak secara merit ke Piala Asia di Arab Saudi 2027.

“Pada Mac, dua perlawanan menentang Oman di tempat lawan dan di tempat sendiri, lepas itu bulan Jun akan lawan Kyrgyzstan main di tempat lawan dan juga lawan Taiwan di tempat sendiri sangat penting.

“Kita nak layak awal jadi sewaktu kita lawan Oman, kita tahu Oman pun kuat macam Jordan tapi kita tiada pilihan. Saya beritahu jurulatih kita kena awal (layak) tak boleh tunggu saat-saat akhir ketika lawan Kyrgyzstan dan Taiwan.

“Nanti kita masalah, jadi paling tidak pun lawan Oman ini kita akan seri atau kita akan cuba menang supaya dia tidak menang dua-dua perlawanan ke atas kita,” katanya.

Menurut Hamidin, jika situasi terjadi sebaliknya iaitu Malaysia gagal mendapatkan mata ketika lawan Oman, ia akan menyukarkan laluan skuad kendalian Pan Gon ke pusingan seterusnya.

“Kalau Oman menang kedua-dua aksi, mereka akan ada sembilan mata, Kyrgyzstan akan kalahkan Taiwan, kita akan jadi nombor tiga. Apabila Kyrgyzstan mengalahkan Oman, ia jadi lebih terbuka dan sebab itu kita harap Oman menang dan kita dengan Oman boleh pergi (pusingan seterusnya).

“Kita boleh jadi nombor satu johan kumpulan, boleh jadi nombor dua, kita pun boleh jadi nombor tiga untuk tidak layak ke final round (pusingan ketiga) Piala Dunia (2026),” katanya.

Pada masa sama, Hamidin turun mengesahkan skuad B-23 akan mengadakan latihan di luar negara bagi memantapkan pasukan sebelum hadir ke Piala Asia B-23 di Qatar pada April depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya