Tragedi hilang emas tidak akan berulang

Tragedi hilang emas tidak akan berulang

ZIYAD ZOLKEFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan tragedi menimpa jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang terlepas pingat emas di Sukan Olimpik 2020 tidak akan berulang di Paris tahun hadapan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ketika ini, setiap malam sebelum acara atlet berlangsung, akan diadakan ‘briefing’, manakala sebelah pagi pengurus akan pastikan atlet tidak terlepas hadir ke kejohanan mengikut masa.

“Persiapan atlet sekarang dengan adanya ketua kontinjen (CDM), timbalan CDM dan Majlis Sukan Negara (MSN)…Apabila pergi ke kejohanan antarabangsa, kita bergerak serentak Majlis Olimpik atau Majlis Paralimpik bersama MSN.

“Setiap malam ada briefing dan pada waktu pagi, pengurus aakan berkumpul untuk pastikan atlet tidak terlepas untuk hadir ke kejohanan masing-masing mengikut masa yang telah ditetapkan.

“Semua mesyuarat penyelarasan berlaku malam dan pagi untuk pastikan isu-isu logistik tidak berlaku,” kata Hannah krtika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya di Dewan Negara hari ini.

Hisamudin dalam soalan tambahnya meminta jaminan KBS dan ingin tahu langkah yang akan diambil untuk memastikan insiden seperti yang berlaku kepada jaguh Muhammad Ziyad pada Sukan Olimpik 2020 tidak berulang.

Pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, emas dan rekod dunia yang dilakukan Muhammad Ziyad balik selepas protes yang dilakukan kem Ukraine yang mendakwa dia untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Walaupun kontinjen Malaysia mengemukakan rayuan namun ia ditolak oleh Juri Rayuan Olahraga Para Dunia berdasarkan Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya