Tiru macam JDT - Azraai

Tiru macam JDT – Azraai

Mohd. Azraai Khor Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah merangkul gelaran double quadruple dua edisi berturut-turut memberi mesej jelas kepada pasukan Liga Malaysia (Liga M) untuk bangkit membina skuad lebih mantap pada musim hadapan.

Bagi memastikan ia bukan hanya angan-angan kosong, pasukan lain dalam Liga M perlu memastikan mereka melakukan persiapan mantap termasuk dalam sistem pengurusan atas padang dan luar padang untuk untuk membangunkan pasukan.

Jurulatih berpengalaman, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, sistem dan falsafah yang dibina JDT sejak 2013 perlu menjadi panduan dan ikutan buat kelab Liga M sekiranya mereka menanam impian untuk memberi saingan kepada Harimau Selatan.

Biarpun tidak menamakan mana-mana pasukan yang mampu mengikut jejak langkah skuad Harimau Selatan, Azraai tetap berharap usaha untuk membina pasukan yang lebih mantap bermula dalam kadar segera untuk mendapatkan hasil yang diidam-idamkan.

“Dalam tempoh lima tahun ke depan ini dan mungkin ambil masa lebih lama, saya tak nampak pasukan yang boleh lawan JDT. Bukan mahu menafikan pasukan lain tetapi itulah hakikatnya apa yang kita lihat sekarang. Tiada pasukan yang boleh beri saingan.

“Bagaimana mahu tiru JDT macam mana, padang latihan pun tiada. Nak bina skuad mantap fasaliti tak cukup. Masalah gaji masih berlaku. Barisan pengurusan bertukar-tukar dalams atu musim. Perkara ini perlu diberikan perhatian untuk memajukan pasukan.

“Pemilik JDT, TMJ ada misi dan wawasan yang tersendiri. Itu yang patut kelab lain buat, takkan mahu tengok sahaja. Gunalah peluang yang ada untuk lakukan perkara yang sama untuk bentuk pasukan yang lebih baik,” katanya.

Jumaat lalu, JDT yang dimiliki oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim melengkapkan musim gemilang mereka dengan menjulang Piala Malaysia 29023 apabila menumpaskan Terengganu FC 3-1 dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Kejayaan mempertahankan Piala Malaysia itu menyaksikan anak-anak buah Esteban Solari berjaya melakar sejarah ‘double quadruple’ selepas turut menjulang empat piala pada musim lalu iaitu Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya