Tidak mustahil Aniq raih pingat Olimpik Paris

Tidak mustahil Aniq raih pingat Olimpik Paris

Mohamad Aniq Kasdan akan bertanding dalam kategori 61 kilogram pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suvi, Fiji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Badang negara, Mohammad Aniq Kasdan berpotensi untuk menjadi penyumbang pingat buat kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 setelah memecahkan rekod kebangsaan pad Kejohanan Grand Prix IWf 2 di Qatar kelmarin.

Aniq mencipta sensasi apabila memperbaharui rekod kebangsaan kategori bawah 61 kilogram (kg) apabila melakukan angkatan seberat 126 kilogram bagi acara snatch, disusuli dengan angkatan 170kg bagi mengumpul keseluruhan angkatan sebanyak 296kg.

Ia sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan yang dipegangnya sebelum ini, iaitu 291kg ketika beraksi di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi, September lalu.

Berdasarkan catatan dilakar Aniq itu, dia telah pun mengatasi rekod pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Igor Son dari Kazakhstan yang membuat angkatan 294kg.

Justeru, Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat mahukan Aniq untuk terus konsisten dalam pertambahan jumlah angkatan bagi mencerahkan peluang bukan sahaja untuk layak ke Paris, namun turut membawa pulang pingat dari temasya sukan terbesar dunia itu.

“Dari pihak PABM, sebelum berakhirnya kelayakan ke Sukan Olimpik pada April di Pattaya, Thailand, kita berharap Aniq akan terus konsisten supaya dia dapat membantu negara untuk layak temasya Sukan Olimpik.

“Itu yang kita harapkan, dia mampu menjadi pencabar pingat sebab kalau ikutkan angkatan clean and jerk, dia hanya dibezakan lima kilogram  sahaja lagi untuk menyamai rekod dunia, dan clean and jerk memang merupakan senjata dia.

“Cuma kita mengharapkan tinggal beberapa bulan menuju ke Sukan Olimpik, dia akan lebih agresif dalam sistem latihan, menjaga disiplin supaya kita dapat memburu pingat Olimpik,” jelas Ayub yang dihubungi.

Dalam masa yang, PABM juga akan mengawal selia diet pemakanan Aniq bagi mengelakkan jaguh negara itu dipalit dengan isu doping yang sering mencalarkan imej sukan angkat berat.

“Kita sudah pastikan Aniq untuk mengisi dan sentiasa mengemaskini borang maklumat keberadaan atlet (whereabouts form) setiap tiga bulan bagi memenuhi kepatuhan sebagai atlet yang berada di bawah kumpulan ujian Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF).

“Kita akan menjaga Aniq dengan elok kerana dia merupakan atlet harapan kami ketika ini,” tambah Ayub. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya