Terpulang KHM putus kedudukan sebagai jurulatih - Amin

Terpulang KHM putus kedudukan sebagai jurulatih – Amin

JURULATIH pasukan Malaysia, Mohamad Amin Rahim (dua dari kiri) ketika mengendalikan skuad Young Tigers di Piala Dunia Remaja 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki remaja negara, Muhammad Amin Rahim menyerahkan sepenuhnya kepada Kesatuan Hoki Malaysia (KHM) bagi membuat keputusan tentang masa depannya bersama Young Tigers.

Beliau berkata, jawapan itu terletak ditangan KHM sebagai majikan dan tanggungjawabnya sudah pun selesai untuk membimbing barisan pemain muda Malaysia pada Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 yang akan berakhir, esok.

“Itu saya tak tahu (kekal sebagai jurulatih), saya tak ada jawapan untuk itu, saya diberi tugasan untuk Piala Dunia Remaja kali ini.

“Jadi, selepas ini terpulang kepada KHM sama ada masih meneruskan saya atau pun mungkin ada jurulatih yang lebih baik,” katanya pada sidang media selepas pertemuan antara Malaysia menentang New Zealand berakhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Young Tigers menutup aksi pada Piala Dunia Remaja di tangga ke-12 keseluruhan selepas tumpas di tangan New Zealand 3-4 menerusi penentuan penalti shoot-out.

Dalam perlawanan sebenar, anak-anak Muhammad Amin itu berjaya mengikat pasukan negara Kiwi tersebut dengan keputusan 2-2 yang menyebabkan penalti shoot-out terpaksa dilaksanakan bagi menentukan pemenang.

Ketika ditanya jika diberi peluang sekali lagi membimbing Young Tigers, Muhammad Amin yang mula menggalas tugas sebagai jurulatih pada Oktober tahun lalu memberitahu, secara jujurnya beliau perlu memberi perhatian kepada skil dan fizikal para pemainnya untuk persiapan kelayakan Piala Dunia Remaja pada tahun depan.

“Fizikal sangat penting dalam hoki moden, kelajuan dan kekuatan sangat penting, selain itu asas permainan hoki, dua perkara ini kalau kita beri tumpuan, kita tak akan berdepan masalah dalam aspek taktikal.

“Untuk masa depan pasukan atau jurulatih yang akan ambil alih, saya rasa dua elemen ini kena bagi tumpuan,” ujarnya.

Katanya lagi, untuk persediaan tahun depan, Young Tigers masih memiliki ramai pemain yang belum melepasi had usia dan untuk pemain-pemain yang kekal dengan skuad remaja itu, mereka perlu berlatih lebih keras bagi meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya