Syamer mahu rebut kesebelasan utama

Syamer mahu rebut kesebelasan utama

Mohamed Syamer Kutty Abba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain tengah Harimau Malaya, Mohamed Syamer Kutty Abba tidak akan mensia-siakan peluang mencari tempat dalam kesebelasan utama apabila dipanggil oleh jurulatih Kim Pan Gon menyertai kempen Harimau Malaya ke Piala Asia Januari depan.

Syamer berkata, dia termasuk dalam senarai tujuh pemain tengah yang akan memikul cabaran di Qatar walaupun menyedari terpaksa bersaing untuk mencari tempat dalam kesebelasan.

“Saya bersyukur kerana sudah lama saya menunggu panggilan ke skuad negara dan tahun ini merupakan tahun yang paling mencabar kerana kecederaan demi kecederaan yang saya alami.

“Skuad kali ini semua pemain tengah sangat baik dan saya menjadikannya sebagai satu tonik untuk lakukan lebih baik.

“Naxto Insa juga merupakan pemain yang berpengalaman dan saya banyak belajar daripadanya sewaktu bermain bersama

“Itu bukan alasan untuk saya berada di belakangnya dan saya datang ke sini memberi yang terbaik. Yang menentukan kesebelasan utama adalah barisan jurulatih,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Kim Pan Gon telah memanggil empat pemain baharu antaranya pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba dan Natxo Insa; pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee serta penyerang Kuala Lumpur City FC, Romel Morales.

Syamer yang pulih daripada kecederaan berkata, dia sudah pulih dan mengharap tiada lagi kecederaan  agar dapat bermain bersama skuad Harimau Malaya selepas ini

“Alhamdulillah saya sudah pilih 100 peratus. Sebelum ini saya terlibat kecederaan lagi walaupun ia sukar buat saya. 

“Saya menjadikan tahun ini sebagai proses untuk jadi lebih baik dari sebelum ini dan harap tiada lagi kecederaan supaya saya dapat bersama skuad negara lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya