Selangor tewaskan naib juara Liga Futsal Thailand, Black Pearl 5-2

Selangor pamer kecemerlangan di Vietnam, jinakkan naib juara Liga Futsal Thailand 5-2

Selangor meraih kemenangan kedua di Kejohanan Futsal Terbuka Ho Chi Minh 2023. (FOTO: Ihsan World of Media)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HO CHI MINH, Vietnam: Pasukan futsal Selangor meraih kemenangan kedua mereka dalam Kejohanan Futsal Terbuka Ho Chi Minh 2023 dengan menundukkan naib juara Liga Futsal Thailand, Black Pearl United 5-2 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Lanh Binh Thang hari ini.

Selangor yang dibimbing Edgar Eder Baldsso menampilkan permainan memberangsangkan sambil di pimpin dua awang import baru, Wellington Pereira Rodrigues Adao dan Matheus Vasconcelos Silva di bahagian serangan.

Hasilnya, gol pertama Selangor hadir menerusi Wellington yang menolak masuk hantaran Mathues.

Syahir Iqbal Khan Akbar Khan berjaya menggandakan jaringan buat kem Selangor beberapa minit kemudian menerusi rembatan kencang yang menewaskan penjaga gol lawan, Pairat Phobnak.

Bagaimanapun, Black Pearl tidak mengalah dengan merapatkan jurang menerusi jaringan Lucas Britto.

Selang beberapa minit kemudian, Selangor diberikan sepakan penalti selepas Khairul Effendy Bahrin dikasari dalam kawasan D, dan Wellington tidak menghadapi masalah untuk menjadikan kedudukan 3-1 menuju penamat separuh masa pertama.

Wellington terus mengganas di babak kedua apabila menjaringkan dua lagi gol sebelum Kitsana Kingkangwan menambah satu lagi gol sagu hati untuk pasukan Black Pearl.

Kemenangan ini memastikan Selangor terus kekal di puncak Kumpulan B dengan enam mata dan akan membuat perhitungan dengan pasukan Vietnam, Thai Son Nam esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya