‘Saya tidak duga Young Tigers catat di luar kelompok 10 dunia’

‘Saya tidak duga Young Tigers catat di luar kelompok 10 dunia’

PERCUBAAN Muhammad Danish Danial (kanan) dihalang penjaga gol New Zealand, Hayden Ganley dalam aksi klasifikasi tempat ke-11/12 Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, semalam. Malaysia yang seri 2-2 dengan New Zealand akhirnya tewas 4-3 dalam penentuan penalti shoot-out. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan di luar kelompok 10 terbaik dunia, bukanlah pencapaian yang dimahukan oleh ketua jurulatih skuad hoki remaja negara, Muhammad Amin Rahim pada Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023.

Semalam, Young Tigers sekadar melengkapkan aksi mereka di kedudukan ke-12 keseluruhan selepas tumpas kepada New Zealand menerusi penentuan penalti shoot-out 3-4.

Dalam perlawanan sebenar, anak-anak buah Muhammad Amin berjaya mengikat negara Kiwi itu 2-2.

Penyudah yang tumpul dan skil individu yang masih ba­nyak perlu diperbaiki, barisan pemain muda Malaysia dituntut melakukan kerja rumah tambahan sebaik Piala Dunia menutup tirai, hari ini.

“Saya mahu mereka buat kerja tambahan, tak boleh bergantung kepada latihan bersama pasukan semata-mata.

“Jika mahu melangkah jauh dan kekal relevan dalam persada sukan hoki negara, para pemain perlu bekerja keras, jika kita lihat dari segi kekuatan fizikal sudah ada jurang khususnya dengan pasukan yang berada dalam kelompok lapan terbaik dunia,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan berakhir, semalam.

Menurut bekas tonggak kebangsaan itu, anak-anak buah­nya memiliki potensi untuk te­rus berkembang dan jika di­suntik dengan kemahuan yang tinggi, mereka mampu melangkah lebih jauh selepas ini.

Jelasnya, syarat untuk kekal berada dalam skuad sangat tinggi, jadi, para pemain yang ada dalam pasukan perlu melipat gandakan usaha mereka.

“Bukan sahaja dua elemen ini iaitu fizikal dan skil, kelemahan ketika menyempurnakan pukulan sudut penalti perlu diperbaiki segera kerana para pemain telah banyak mempersiakan peluang ekoran kelemahan tersebut,” tegasnya.

Muhammad Amin turut menuntut anak-anak buahnya memperbaiki tindakan penyudah yang begitu tumpul.

“Dalam sukan hoki di era moden ini, tindakan penyudah perlu tepat dan cuba lihat pasukan dalam kelompok lapan terbaik dunia, mereka bermain sangat lancar dan laju, jika dibandingkan pemain kita memang wujud jurang yang jauh,” ujarnya.

Katanya, berdasarkan barisan pemain sedia ada, hanya 11 pemain yang akan kekal bersama Young Tigers dalam misi kelayakan ke Piala Dunia pada penghujung tahun 2024, manakala yang selebihnya te­lah melebihi had umur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya