Safawi mahu balas kepercayaan Pan Gon

Safawi mahu balas kepercayaan Pan Gon

Safawi Rasid bersedia untuk menampilkan aksi terbaiknya untuk membantu Harimau Malaya dalam kempen Piala Asia 2023 di Qatar. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain sayap, Safawi Rasid berkata, dia bersedia untuk menampilkan aksi terbaiknya untuk membantu Harimau Malaya dalam kempen Piala Asia 2023 di Qatar.

Biarpun tidak banyak beraksi pada musim ini, Safawi berkata, dia akan memanfaatkan segala peluang sekiranya diberikan kepercayaan barisan kejurulatihan yang diketuai Kim Pan Gon.

Untuk rekod, Safawi hanya merekodkan tiga penampilan bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT) pada musim ini selepas pulang dari tempoh pinjaman bersama Ratchaburi FC di Liga Thailand.

“Piala Asia adalah pentas tertinggi bagi saya dan akan gunakan yang terbaik kalau diberi peluang (beraksi). Semua pemain saya rasa dalam hati semua nak bermain satu unit tak kisah siapa main, siapa tak main.

“Apa yang penting kita nak dapat untuk melayakkan ke pusingan seterusnya,” kata Safawi kepada pemberita pada sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam.

Mengulas lanjut, Safawi berkata, biarpun kurang minit permainan bersama JDT musim ini, dia tetap melakukan latihan tambahan dan menjaga semua aspek dari segi makanan dan tidur untuk kekal cergas.

“Pada setiap sesi latihan, saya beri yang terbaik dekat kelab atau dekat pasukan kebangsaan. Jadi, saya percaya kepada jurulatih-jurulatih terutama Kim Pan Gon.

“Pan Gon tahu cara menggunakan pemain yang dia ada. Jadi, saya rasa kita kena kerja keras di sini dan bagi segalanya dalam latihan. Jadi, semua pemain kena bersedialah untuk ambil tanggungjawab,” katanya.

Untuk rekod, Safawi pernah meledak dua gol ketika membantu skuad negara menewaskan Korea Selatan 2-1 pada aksi Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.

Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia Qatar 2023 akan menyingkap cabaran Kumpulan E menentang Jordan pada 15 Januari diikuti Bahrain (20 Januari) dan musuh lama, Korea Selatan pada 25 Januari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya