Remaja Thailand ‘curi’ ilmu Misbun seawal 4.30 pagi

Remaja Thailand ‘curi’ ilmu Misbun seawal 4.30 pagi

MISBUN Sidek mengendalikan latihan pemain-pemain remaja Thailand. - IHSAN NUSA MAHSURI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Demi mendapatkan tunjuk ajar daripada legenda badminton negara pemain remaja Thailand sanggup bangun seawal pukul 4.30 pagi untuk berguru dengan Datuk Misbun Sidek.

Senario itu sebenarnya menjadi rutin buat mana-mana pemain yang mahu menggali ilmu daripada jurulatih berusia 63 tahun itu dan situasi sama pernah dirasai oleh Datuk Lee Chong Wei.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan situasi itu menjadi pengalaman berharga buat mana-mana pemain yang mendapat didikan Misbun dan ia berbaloi jika dimanfaatkan sebaik mungkin.

Terbaharu Persatuan Badminton Thailand (BAT) memilih untuk menghantar tiga pemainnya ‘berguru’ di bawah bimbingan Misbun di Kelab Badminton Nusa Mahsuri sejak Isnin lalu.

“Seawal jam 4.30 pagi, Punnatat Prempunpong, Nuttanon Maku dan Tonkid Saeheng setakat hari ini (Jumaat) tidak pernah gagal hadir menjalani latihan.

“Malah mereka semakin berkobar-kobar apabila memperolehi ilmu baharu di gelanggang yang disediakan oleh Misbun,” tulis Nusa Mahsuri menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Misbun meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas badan induk itu pada 28 Julai lalu memutuskan untuk menamatkan kontraknya lebih awal daripada tempoh ditetapkan.

Sejak berpisah dengan BAM, pengendali berusia 63 tahun itu masih belum membuat keputusan mengenai kariernya biarpun mendapat lima tawaran berbeza.

Justeru dengan tugasan baru bersama skuad remaja BAT, ia seakan-akan memberi gambaran bahawa Misbun sudah mempunyai perancangan tentang hala tujunya selepas ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya