PFA harap sokongan kerajaan negeri Perlis

PFA harap sokongan kerajaan negeri Perlis

ZAMRI IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mengharapkan sokongan kewangan daripada kerajaan negeri bagi membantu dalam program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

Presiden PFA, Zamri Ibrahim berkata, kerajaan negeri sepatutnya menyediakan peruntukan sekurang-kurangnya RM1 juta setahun untuk menjayakan program pembangunan bola sepak di Perlis.

Beliau berkata, pada masa ini, PFA sememangnya ada menerima bantuan daripada kerajaan negeri, namun jumlah yang diberikan tidak mencukupi untuk memajukan sukan bola sepak di negeri ini.

“Untuk tahun depan, kita harap dapat terus laksanakan program pembangunan akar umbi, namun semuanya bergantung kepada sumber kewangan. Kita harap kerajaan negeri dapat sama membantu.

“PFA bukan sahaja menguruskan mengenai bola sepak negeri, namun kami turut membantu kerajaan negeri bagi melaksanakan sebahagian tugas kemasyarakatan itu dalam sukan bola sepak,” katanya.

Tambah Zamri, peranan PFA bagi pembangunan bola sepak setakat ini adalah amat sukar memandangkan pihaknya perlu berusa mencari dana dengan jumlah besar.

Katanya, ini adalah berikutan persatuan itu tidak lagi terlibat dalam perlawanan kompetitif seperti sebelum ini sehingga menyukarkan untuk mendapatkan dana berkenaan. 

“Sebab itu, kita harap sedikit sebanyak bantuan daripada kerajaan negeri dan lebih baik sekiranya jika ada pihak-pihak swasta yang dapat membantu. Sebelum ini PFA memang ada beberapa kali mengadakan pertemuan bersama kerajaan negeri dan ia menunjukkan perkembangan positif,” katanya. 

“Peruntukan berjumlah RM1 juta setahun itu juga adalah amat realistik dalam memantapkan kembali pembangunan bola sepak akar umbi di Perlis. Peruntukan yang diterima itu boleh dipecahkan mengikut kawasan kampung, Parlimen mahu pun penganjuran liga di setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita amat yakin Perlis dapat kembali semula ke landasan terbaik namun aspek kewangan merupakan perkara yang amat penting dalam menjayakan perkara ini,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya