Pearly dan Thinaah kembali berbaik, fokus misi besar 2024

Pearly dan Thinaah kembali berbaik, fokus misi besar 2024

Pearly dan Thinaah kembali berbaik untuk memberikan tumpuan kepada musim penting pada 2024. (FOTO: ihsan Rexy Mainaky)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kem badminton negara boleh menarik nafas lega apabila konflik di antara beregu wanita No. 1 Malaysia, Pearly Tan dan M.Thinaah berjaya diselesaikan dengan baik.

Perkara itu didedahkan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Dalam muat naik itu, kelihatan gambar terbaru Pearly dan Thinaah bersalaman sambil tersenyum ketika melakukan sesi latihan di ABM, Bukit Kiara.

Ia jelas petanda yang baik memandangkan kurang sebulan sahaja lagi, kedua-dua pemain ini akan turun berentap beraksi di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia pada 9 Januari depan.

“Kedua-duanya kembali mengukir senyuman dan bakal berjuang untuk Terbuka Malaysia 2024.

“Bersama-sama, mereka akan menjadi lebih kuat dan mereka memerlukan satu sama lain dalam usaha untuk mencapai impian mereka pada 2024,” jelas Rexy dalam media sosialnya.

Terdahulu, Pearly dan Thinaah dikatakan mempunyai perselisihan faham setelah mereka tersingkir di pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters China, Shenzhen bulan lalu di tangan pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya