Pasukan kriket Kelantan sah sertai Sukma 2024

Pasukan kriket Kelantan sah sertai Sukma 2024

DATUK Azmi Mohd. Ali (tengah barisan hadapan) kekal sebagai Yang Dipertua Persatuan Kriket Negeri Kelantan dalam mesyuarat agung tahunan yang berlangsung pada Ahad, lalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Persatuan Kriket Negeri Kelantan mengesahkan pihaknya akan menghantar sebuah pasukan yang kuat ke temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak pada tahun hadapan.

Yang Dipertua Kriket Kelantan, Datuk Azmi Mohd. Ali berkata, pengesahan penyertaan skuad kriket Kelantan itu dibuat dalam mesyuarat agung tahunan persatuan itu yang berlangsung di Gua Musang, kelmarin.

Menurut Azmi, pihaknya akan memperincikan segala perbelanjaan untuk membolehkan Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan menghulurkan bantuan dalam persediaan pasukan itu dan penyertaan Kelantan dalam pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan kelak.

”Saya bersedia berjumpa dengan Pengarah MSN Kelantan untuk berbincang dan memberi keyakinan bahawa pasukan kriket Kelantan tetap bertenaga dan sentiasa mengukir nama di peringkat kebangsaan,” kata Azmi.

Untuk tujuan itu, Azmi berkata setiausaha baharu Persatuan Kriket Negeri Kelantan, Muhamad Shafiey ditugaskan bersama penolong setiausahanya, Zul Aizat Ismail untuk menyediakan persiapan belanjawan untuk dihantar segera kepada Penolong Pengarah MSN  Kelantan, Nor Fadhilah Junkipili.

“Kepemimpinan baharu Kriket Kelantan yang akan bermesyuarat pada 23 Disember 2023 akan turut sama mengharungi bajet 2024 di samping merangka semula kegiatan termasuk pertandingan di peringkat negeri Kelantan dan memulihkan semula program pembangunan anak-anak Orang Asli,” katanya.

Dalam pada itu, pemilihan anggota majlis bagi musim 2023-2025 menyaksikan, Azmi kekal sebagai Yang Dipertua manakala Wan Mohd, Nasir Omar naik pangkat menjadi Timbalan Yang Dipertua.

Pengerusi Teknik Kriket MSS Kelantan, Muhamad Shafiey menggantikan Sukeri Ibrahim sebagai setiausaha manakala Wan Ridhauddeen Rashid dipilih sebagai bendahari.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya