ONE Fight Night: Johan berentap dengan Tabares malam ini

ONE Fight Night: Johan berentap dengan Tabares pagi esok

JOJO akan berdepan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares, dalam pertarungan ONE Fight Night 17 di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Thailand, pagi esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh muay thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfika akan membuat penampilan pertamanya dalam pertarungan Primetime US, ONE Championship, pagi esok.

Petarung berumur 17 tahun itu akan berdepan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares, pada pukul 9 pagi waktu tempatan dalam pertarungan ONE Fight Night 17 di Stadium Tinju Lumpinee di Bangkok, Thailand.

“Remaja meningkat naik, Johan Ghazali akan membuat penampilan sulung dalam Primetime US menentang bekas pencabar gelaran dunia ONE Flyweight Muay Thai, Edgar Tabares,” kata One Championship.

Sebelum ini, Johan atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Jojo’ melakar sejarah apabila berjaya mendapatkan kontrak ONE Championship Thailand bernilai AS$100,000 (RM467,000), sekali gus menjadikannya atlet termuda me­raih kejayaan itu.

Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo dalam kalangan peminatnya mendapat kontrak tersebut selepas menumpaskan petarung Russia, Temirlan Bekmurzaev secara knockout (KO) dalam ONE Championship Thailand.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya