Olahraga orang pekak tuai empat pingat di Tehran

Olahraga orang pekak tuai empat pingat di Tehran

Zaiman Megat Abu (tengah) diapit Hazrul Shah Hamri (kanan) dan Azlan Kunte bersama pingat dimenangi dalam Kejohanan Olahraga Orang Pekak Asia-Pasifik di Sepang, semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Skuad olahraga orang pekak negara berjaya melakar kejayaan membanggakan apabila menuai satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa di Kejohanan Olahraga Orang Pekak Asia-Pasifik 2023 yang julung kali diadakan di Tehran, Iran.

Jurulatih negara, Mohd Aminluddin Mohd Amin menyifatkan keputusan ini melepasi daripada sasaran yang mereka tetapkan, khususnya prestasi Zaiman Megat Abu yang berjaya meraih dua pingat di kejohanan kali ini iaitu emas dalam acara lompat kijang dan perak dalam lompat jauh.

Lebih manis, catatan 14.32 meter (m) yang dilakukannya dalam acara lompat kijang jauh lebih baik daripada catatan pemenang pingat perak Kejohanan Deaflympics Brazil tahun lalu, iaitu 13.88m yang dilakar oleh Jarvis Anderson.

“Saya memang menjangkakan yang kami akan membawa pulang pingat, tetapi tidak sebanyak ini, terutamanya pingat emas dari Zaiman. Masa sesi latihan, catatan Zaiman hanya sekadar menyamai pemenang pingat gangsa sahaja di Sukan Deaflympics iaitu 13.19m, tetapi Alhamdulillah dia berjaya meraih pingat emas.

“Untuk 2025, memang kita lihat dia antara prospek kita di Deaflympics Tokyo, dan kita ada dua tahun lagi untuk melatih dan mempersiapkan dia untuk kejohanan besar itu. Saya rasa dia berpotensi besar dan mampu melangkah lebih jauh lagi kerana dia juga masih muda, baru berusia 22 tahun,” kata Amin yang ditemui media di Lapang Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Justeru Amin melihat Zaiman merupakan bintang dalam pembikinan dan percaya dia mampu untuk mengegar balapan menjelang temasya Deaflympic ke 25 di Tokyo, Jepun pada 2025.

Rakan sepasukan Zaiman, Hazrul Shah Hamri pula meraih pingat perak dalam acara sama dengan catatan 13.20, manakala Azlan Kunte merangkul pingat perak dalam acara lari 10,000m.

Tiada cuti panjang buat mereka apabila Zaiman dan Hazrul akan bersiap sedia mewakili Perlis untuk Kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) yang akan berlangsung pada 3 hingga 7 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya