Nur Izzati mahu saingi Zaidatul Husniah

Nur Izzati mahu saingi Zaidatul Husniah

Atlet olahraga, Nur Izzati Eliana Suhaidi, 16, bersama pingat Emas acara 100meter wanita dan pingat Gangsa acara 200meter wanita yang dimenanginya pada 15th SEA Youth Athletics Championship 2023 di Pathum Thani, Thailand baru-baru ini.-UTUSAN/ FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ratu pecut remaja negara, Nur Izzati Eliana Suhaidi memasang impian untuk menyaingi rekod idolanya, Zaidatul Husniah Zulkifli.

Izzati juga berharap satu hari nanti dia mampu untuk mengulangi pencapaian idolanya itu dengan meraih pingat di temasya Sukan SEA.

Begitupun perjalanannya masih jauh dan kini fokus pelari kelahiran Perak berusia 16 itu adalah untuk mendapatkan pingat pada penampilan pertamanya di temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak tahun depan.

Izzati dilihat mampu untuk menjadi pelapis kepada pelari wanita negara selepas berjaya mengungguli Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dengan catatan 12.28 saat (s) diikuti emas di Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara di Bangkok, Thailand minggu lalu selepas merekodkan 12.39s .

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana tahun ini banyak kejayaan diraih akan cuba tambah baik jika boleh mahu melepasi rekod Zaidatul Husniah.

“Saya bersyukur dengan kejayaan yang diraih tahun ini. Saya mahu berlari lebih pantas lagi tahun depan.

“Sasaran utama saya selepas ini adalah Sukma dan jika boleh saya mahu lakukan masa 12s nanti pada penampilan pertama saya di temasya itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Terdahulu di Bangkok, Izzati mencipta sensasi meraih emas dalam acara 100m dengan catatan catatan 12.39s apabila mengatasi pelari Vietnam, Ngo Thi My Duyen yang meraih perak, 12.42s manakala gangsa menjadi milik atlet Thailand, Jongjit Wilasinee 12.54s.

Terdahulu Kontinjen Malaysia yang dibarisi 44 atlet membabitkan 25 lelaki dan 19 wanita menamatkan kejohanan remaja berprestij itu dengan memungut keseluruhan 21 pingat iaitu empat pingat emas, lima perak dan 12 gangsa.

Selain acara 100m wanita, pingat emas turut disumbang Hazriq Cik Mat Kilau menerusi 110m lari berpagar lelaki dan 4×100 lelaki, serta atlet lompat kijang lelaki Mark Paladius.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya