Kelayakan Olimpik: Speedy Tigers tumpu aspek taktikal

Kelayakan Olimpik: Speedy Tigers tumpu aspek taktikal

SKUAD hoki negara menjalani latihan menjelang kelayakan Sukan Olimpik 2024, - IHSAN PERSEKUTUAN HOKI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatihnya skuad hoki kebangsaan, A. Arul Selvaraj tidak mahu anak-anak buahnya melakukan kesilapan taktikal dalam kempen kelayakan Sukan Olimpik di Muscat, Oman pada Januari ini bagi memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Arul berkata, untuk itu dia akan menumpukan aspek berkenaan dalam kem latihan yang bermula kelmarin bagi mengelak Speedy Tigers terus melakukan kesilapan taktikal yang boleh merugikan pasukan selain memastikan pemain bijak membuat keputusan ketika beraksi di atas padang.

“Kalau kita nak layak ke Olimpik di Oman nanti kita tak boleh buat banyak kesalahan jadi kita memang perlu mengurangkan kesilapan. Jadi fasa latihan dilakukan minggu ini adalah untuk kita fokus individu daripada cara pemain buat keputusan tanpa melakukan kesalahan,” katanya.

Kelmarin, kesemua pemain skuad hoki lelaki kebangsaan termasuk tujuh pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini telah memulakan sesi latihan menjelang kelayakan Sukan Olimpik yang berlangsung dari 13 hingga 21 Januari ini bagi memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Kesemuanya sudah kembali pulih dan mula latihan hari ini. Ada yang baru pulang dari siri jelajah New Zealand dan ada yang baru pulih dari kecederaan. Walaupun mereka cedera sebelum ini mereka tetap melakukan senaman aerobik ketika pemulihan.

“Untuk mereka yang baru pulih dari cedera semestinya mereka perlu ditekan dari segi kecergasan fizikal aerobik, mereka perlu bekerja keras,” katanya.

Mengulas lanjut, Arul berkata, Speedy Tigers turut akan menerima khidmat profesional daripada Australia, Glenn Turner di Oman kelak sebelum perlawanan kelayakan itu bermula.

Selain itu katanya, Arul mengakui sukar untuk membuat pilihan bagi menentukan senarai akhir barisan pemain memandangkan kesemua pemain menampilkan disiplin dan prestasi yang memuaskan.

“Apa-apa pun masih terlalu awal untuk saya cakap, kita akan lihat bagaimana sebab ada seminggu lagi latihan ini dan saya akan umum barisan utama pemain pada 1 atau 2 Januari depan,” katanya.

Di Oman nanti, skuad negara di jadual berentap dengan Great Britain, Pakistan dan China dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B terdiri daripada Jerman, New Zealand, Kanada serta Chile.

Sebagai rekod, enam tiket ditawarkan ke Paris 2024 pada Kelayakan Olimpik dengan tiga di Oman dan tiga lagi di Valencia, Sepanyol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya