Justin fobia masuk gelanggang

Justin fobia masuk gelanggang

JUSTIN Hoh mengakui masih trauma untuk masuk gelanggang selepas ditimpa beberapa kecederaan serius dalam tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan badminton lelaki negara, Justin Hoh mengakui masih trauma untuk masuk gelanggang selepas ditimpa beberapa kecederaan serius dalam tahun ini.

Bekas juara remaja Asia itu berdepan kecederaan putus tendon achilles pada kaki kirinya April lalu sehingga menyebabkan dia terpaksa berehat selama lapan bulan dan terlepas peluang beraksi di Sukan SEA Kemboja.

Selepas kembali menyertai kejohanan pada awal bulan ini, Justin sekali lagi berdepan masalah kecederaan apabila berdepan masalah di bahagian tapak kaki ketika beraksi pada kejohanan Guwahati Masters di India.

Justin berkata, dia masih mengambil pendekatan berjaga-jaga ketika menjalani latihan bagi mengelakkan kecederaan baharu dalam usahanya menembusi kelompok 32 teratas ranking dunia pada musim depan.

“Kecewa itu memang ada apabila mengalami kecederaan, namun tidak terlalu kecewa kerana ia (tapak kaki) kecederaan kecil. Selain itu, apabila pulang ke tanah air pun, sudah tidak ada kejohanan.

“Kalau nak diikutkan, memang ada rasa takut sikit (cedera semula) tetapi buat masa sekarang proses pemulihan saya bagus. Setakat ini, memang tidak mengganggu latihan saya,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, semalam.

Pemain berusia 19 tahun itu juga menjelaskan, dia meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 32 teratas dunia bagi memastikan tempat dalam kejohanan lebih besar seperti Jelajah Dunia Super 500.

“Bagi saingan musim depan, harapan saya adalah untuk elak sebarang kecederaan dan mahu tembus masuk dalam ranking 32 teratas kerana ia boleh membantu saya melayakkan diri ke kejohanan-kejohanan lebih besar.

“Sekarang proses pemulihan berjalan lancar dengan kejohanan pertama musim depan adalah pada Thailand Masters. Saya juga berharap untuk cuba melakukan kejutan menewaskan pemain-pemain ternama,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya