Jordi Amat tuntut pemain JDT bermain sempurna

Jordi Amat tuntut pemain JDT bermain sempurna

JORDI Amat mahu rakan sepasukannya dalam skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) bermain sempurna menentang Terengganu FC dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, esok. - UTUSAN/MUHAMMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat menyifatkan Harimau Selatan memerlukan permainan ‘sempurna’ untuk mengatasi Terengganu FC (TFC) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Bekas pertahanan Swansea City itu berkata, di pentas akhir tiada istilah pasukan pilihan kerana kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk bergelar juara.

Jelasnya, barisan pemain JDT tidak boleh leka dalam perlawanan itu terutama harus berwaspada dengan corak permainan serangan balas pantas yang mungkin akan dimainkan Sang Penyu.

“Bagi aksi final apa sahaja boleh berlaku dan kedua-dua pasukan ada peluang untuk memenangi perlawanan. Terengganu bermain dengan bagus, tetapi saya harap kami bermain lebih baik dari mereka esok.

“Semua pemain TFC (harus diberi tumpuan). Seperti anda tahu bahawa kami tidak sekadar bertahan, kami kena mengawal permainan, membentuk gerakan dari bawah seperti apa yang jurulatih mahukan.

“Mungkin kami perlukan permainan yang sempurna dan paling penting kami lebih waspada dengan serangan balas Terengganu kerana mereka ada pemain pantas,” katanya.

Stadium Nasional dijangka dibanjiri lautan hitam putih dan merah biru namun kehangatan aksi final Piala Malaysia kali ini sedikit terganggu dengan isu kerosakan permukaan padang yang turut mencetuskan kerisauan kedua-dua pasukan bertanding.

Jordi Amat mengakui kurang gembira dengan berita mengenai keadaan padang di Stadium Nasional dan berharap ia berada dalam keadaan lebih baik untuk perlawanan malam ini.

“Saya menjangkakan aksi sengit berdepan Terengganu dan kami perlu fokus sepenuhnya kerana ia perlawanan besar. Saya harap keadaan padang bertambah baik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya