Jojo Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023

Jojo Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023

Muhammad Johan Ghazali menutup tirai musim 2023 dengan cemerlang apabila dinobat sebagai Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship, semalam. - IHSAN ONE CHAMPIONSHIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang muda muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali menutup tirai musim 2023 dengan cemerlang apabila dinobat sebagai Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship, semalam.

Menerusi hantaran di laman sesawang rasmi ONE Championship, Johan, 17, atau lebih terkenal dengan julukan Jojo diangkat dengan gelaran itu selepas mempamerkan aksi luar biasa sepanjang saingan musim ini.

“Dengan rekod kemenangan 5-0 dan empat KO (knockout) tahun ini di bawah peraturan muay thai, Johan mengatasi pencabar lain bagi bergelar Bintang Baharu Paling Menyerlah 2023

“Tahun 2023 sangat besar buat Johan Ghazali yang berusia 17 tahun. Masa depan sangat cerah untuk sensasi muay thai ini,” kata kenyataan ONE Championship yang turut memaparkan gambar Johan.

Johan yang bernaung di bawah Rentap Muay Thai Gym memulakan kempen dalam pertarungan Road to ONE Championship dengan bergaya apabila menumbangkan petarung Thailand, Padetsuk Fairtex secara KO dalam tempoh hanya 16 saat (s) pada pertarungan ONE Friday Fights 6, Februari lalu.

Dia kemudiannya terus unggul apabila merekodkan satu lagi kemenangan dengan kiraan KO ke atas Tai Sor Jor Piek Uthai dari Thailand dalam pertarungan selama 1 minit 37s dalam ONE Friday Fights 18 pada Mei lalu.

Jojo semakin digeruni apabila menang ke atas lawan dari Thailand, Samurai Seeopal menerusi keputusan sebulat suara dalam tempoh 3 minit dalam pertarungan ONE Friday Fights 25, Julai lalu.

Tiga bulan kemudian, Johan kembali ke gelanggang untuk bertarung dengan lawan dari Russia, Temirlan Bekmurzaev dalam pertarungan ONE Friday Fights 36 dan berjaya menumbangkan lawan itu dengan keputusan KO dalam tempoh 2:43s.

Kemenangan ke atas petarung Rusia itu turut menyaksikan dia berjaya mencipta sejarah atlet tempur termuda memperoleh kontrak AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship.

Pertarungan pertama selepas mendapat kontrak berkenaan ialah menentang juara Muay Thai Antarabangsa WBC dari Mexico, Edgar Tabares yang dikalahkan secara knockout (KO) 9 Disember lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya