Jerman ada kelebihan, Perancis simpan ‘kuku’

Jerman ada kelebihan, Perancis simpan ‘kuku’

Penjaga gol India Sashikumar Mohith Honnenahalli diasak jentera serangan Jerman dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, kelmarin. Jerman menang 4-1 untuk mara ke final. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua wakil Eropah, Jerman dan Perancis akan membuat perhitungan malam ini pada perlawanan akhir Piala Dunia Hoki Remaja 2023 dengan kedua-dua pasukan memasang impian besar untuk menjulang trofi dan memburu penamat terindah.

Jerman yang dikendalikan Rein Van Eijk mahu memburu trofi keempat di Malaysia yang dianggap ‘bumi bertuah’ manakala anak-anak buah Matthias Dierckens ghairah untuk mendakap piala berprestij itu buat kali pertama di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Pertembungan dua gergasi Eropah ini juga boleh diibaratkan sebagai ulangan kepada final pada 2013 di New Delhi yang ketika itu berkesudahan Jerman menang 5-2 untuk mengutip koleksi trofi keenam mereka sejak 1979.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan kini dilihat merendah diri dan melabel lawan sebagai pasukan pilihan dan ia berkemungkinan untuk tidak meletakkan tekanan kepada pemain dan mahu mereka membuktikan segalanya di atas padang.

Dierckens pasti tidak mahu berputih mata melihat gelaran terlepas daripada genggaman mereka pada 2013, tetapi menyatakan bahawa pasukannya perlu akur kerana lawan mereka (Jerman) lebih perkasa dan dianggap barisan pilihan untuk menang.

Di kem Jerman pula, Van Eijk bersungguh-sungguh menyatakan Perancis adalah pasukan pilihan selepas anak-anak buah Dierckens berjaya mengalahkan mereka 2-0 dalam saingan peringkat Kumpulan B pada 6 Disember lalu.

“Tidak, tidak, kami bukan pilihan. Jerman adalah pilihan final. Keputusan perlawanan peringkat kumpulan bukan lagi satu ukuran. Jerman jika tidak gembira (kalah 0-2) adalah satu petanda bahaya untuk kami dalam perlawanan akhir nanti,” kata Dierckens.

Jurulatih Perancis itu juga berkata, Jerman mendapat lebih pendedahan di peringkat antarabangsa berbanding Perancis sebelum tiba di Kuala Lumpur, sekali gus membuktikan mereka mempunyai pelbagai kelebihan untuk bergelar juara.

“Kami tidak ada peluang pendedahan di pentas antarabangsa seperti mereka. Ini membuat mereka sebagai pilihan untuk menang. Tapi saya perlu berkata pada hari terbaik Perancis boleh menewaskan mana-mana pasukan,” tambah Dierckens.

Pengalaman beraksi dalam sembilan final sejak 1979 juga disebut-sebut menjadi satu kelebihan kepada Jerman, dan ia adalah intipati yang memihak mereka biarpun Perancis bertambah yakin dan mempamerkan aksi berbisa pada setiap perlawanan.

“Apabila kami menjejak kaki ke bumi Malaysia ia pantas mengembalikan saat bersejarah itu (julang trofi di Malaysia). Kami mahu mengekalkan rekod bersih dan faktor ini mendorong pemain saya untuk turun dan menang buat kali keempat.

“Sebelum itu kami perlu melepasi satu halangan besar dari Perancis. Mereka belum kalah dalam kejohanan ini dan beraksi secara konsisten. Mereka juga meningkat maju pada setiap perlawanan.

“Apa pun, inilah final dan kami bersedia menghadapi segala kemungkinan atas padang nanti,” kata Van Eijk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya