JDT kurangkan kos, lepaskan beberapa pemain

JDT kurangkan kos, lepaskan beberapa pemain

JDT memberi bayangan akan mengurangkan perbelanjaan kelab pada musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melepaskan beberapa pemain serta staf teknikal menjelang musim depan dalam usaha mengurangkan perbelanjaan kelab itu.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards memberi bayangan juara Liga Super 10 musim berturut-turut itu tidak berbelanja besar untuk membawa masuk muka baharu musim depan.

Menurutnya, JDT perlu membuat penstrukturan kewangan bagi memastikan kelangsungan jangka panjang. 

“Harimau Selatan akan melakukan transformasi kelab yang akan menyaksikan beberapa perubahan membabitkan kakitangan menjelang musim 2024 dan 2025. 

“Ini termasuk para pemain dan staf teknikal yang akan dilepaskan oleh kelab,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman rasmi kelab, Johor Southern Tigers, hari ini.

Edwards berkata, langkah itu perlu diambil setelah kelab membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk projek bola sepak termasuk infrastruktur dalam tempoh enam hingga tujuh tahun lalu.

Sehubungan itu, katanya, kelab telah memutuskan untuk mengurangkan perbelanjaan sebanyak 30 hingga 40 peratus untuk membolehkan proses tersebut. 

“Kami tidak akan membelanjakan wang. Kami akan mengurangkan perbelanjaan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Jurulatih JDT, Esteban Solari memberi bayangan akan menandatangani tiga atau empat pemain import baharu bagi memperkuatkan pasukan untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Solari berkata, setakat ini antara pemain yang disahkan akan menyarung jersi Harimau Selatan ialah pemain kelahiran Argentina, Jalil Elias.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya