JDT ada kelebihan julang Piala Malaysia

JDT ada kelebihan julang Piala Malaysia

SKUAD JDT menjadi pilihan kebanyakan jurulatih untuk menjuarai Piala Malaysia 2023. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berdasarkan prestasi semasa, rekod pertemuan dan kualiti pemain, Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki kelebihan besar dalam aksi final Piala Malaysia menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Anak-anak buah Esteban Solari juga pastinya mahu mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut dan berbekalkan semangat itu, mereka pastinya akan mempamerkan aksi berkualiti yang diidamkan peminat bola sepak tempatan.

Bagaimanapun, peningkatan prestasi Terengganu FC yang dibimbing Tomislav Steinbruckner sejak akhir-akhir ini termasuk prestasi baik Piala AFC perlu diberikan perhatian oleh skuad Harimau Selatan bagi mengelak mereka berputih mata.

Jurulatih berpengalaman, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, di atas kertas JDT mempunyai peluang yang cukup besar dan dia menjangkakan Harimau Selatan mempunyai peluang 80 peratus untuk menang dalam aksi final esok.

Azraai yang juga bekas jurulatih Harimau Muda berkata, kekecewaan di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) tidak mempengaruhi persembahan JDT dan tiada pasukan lain dalam saingan tempatan yang boleh tandingi kekuatan Harimau Selatan.

“Bagi saya Piala Malaysia tetap kekal milik JDT, kalau kita bandingkan kedua-dua pasukan itu berdasarkan barisan pemain yang mereka ada, rekod pertemuan dan semua sekali, ia memihak kepada JDT.

“Mereka (JDT) ada kualiti, boleh dikatakan skuad itu serba lengkap. Kalau kita tengok prestasi (perlawanan Liga Super), Terengganu menentang Penang, seri sahaja. Jadi, saya ramal 80 peratus JDT akan menang Piala Malaysia.

“Malah, bukan double treble sahaja, saya jangka JDT akan cipta triple treble musim hadapan dan menjadi satu-satunya pasukan yang boleh pecahkan rekod yang dicipta kedah sebelum ini,” katanya.

Biarpun memiliki skuad serba lengkap, JDT perlu berwaspada dengan kelibat penyerang Terengganu FC, Ivan Mamut yang mempamerkan penyudah tajam dalam beberapa perlawanan terakhir bersama  kelab Pantai Timur itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya