Jacky mahu manfaatkan peluang kedua

Jacky mahu manfaatkan peluang kedua

Jacky Kok ketika membantu skuad Malaysia dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Lelaki Asia 2022 di Setia Alam, Selangor tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki negara, Jacky Kok enggan mempersia-siakan peluang diberikan Akademi Badminton Malaysia (ABM) untuk terus kekal berada dalam kem kebangsaan.

Jacky menjadi antara calon yang sepatutnya disingkirkan sebelum ini bersama-sama Shaqeem Eiman Shahyar kerana tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang tahun ini.

Begitupun, pemain berusia 21 tahun itu masih diberikan kepercayaan oleh barisan kejurulatihan negara, tambahan tahun ini dia bergelut dengan kecederaan buku lali dan lutut.

ABM pada Isnin lalu membuat pengumuman mengugurkan tiga pemain perseorangan lelaki antaranya Lee Shun Yang, Chia Jeng Hon dan Rex Hooi Shao Heng.

“Saya gembira dikekalkan di sini dalam masa sama, saya harap tidak ada lagi kecederaan pada tahun hadapan.

“Apa yang berlaku  tahun ini, biarlah kerana ia sudah berlaku walaupun saya terpaksa habiskan banyak masa untuk pemulihan dan buat rawatan susulan, lutut ini ambil masa lebih sebulan untuk pulih manakala buku lali pula lebih dua bulan pun belum dapat pulih sepenuhnya,” kata Jacky.

Walaubagaimanapun, keberadaannya dalam kem kebangsaan terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi apabila dia diletakkan dalam kumpulan Gred B bersama Shaqeem, Chua Kim Sheng, Ong Ken Yon dan Ong Zhen Yi.

Tidak seperti pemain dalam Kumpulan Gred A, pemain dalam kelompok Gred B hanya akan menyertai empat sehingga enam kejohanan antarabangsa untuk 2024. 

Ini juga bermakna peluang untuk Jacky kekal tersenarai dalam skuad Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 yang akan berlangsung di Selangor Februari juga semakin sukar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya