Hoki: Guna segala kelebihan beraksi di laman sendiri

Hoki: Guna segala kelebihan beraksi di laman sendiri

SKUAD negara berjaya menjinakkan India 1-0 dalam persahabatan kelmarin menjelang kempen pembukaan Piala Dunia Remaja 2023 menentang Chile, hari ini. - IHSAN KONFEDERASI HOKI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Young Tigers perlu menggunakan segala kelebihan yang ada ketika bermain di halaman sendiri bagi mendapatkan kemenangan pertama dalam kempen Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 menentang Chile, malam ini.

Ketua jurulatih hoki remaja negara, Muhammad Amin Rahim berkata, skuad negara dilihat lebih bersedia dari segi suasana berbanding lawan yang baru tiba dan mereka sudah pasti perlu menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.

“Kita ada kelebihan dari segi cuaca, padang dan saya beri tahu pemain perlu guna kelebihan ini sebaik mungkin. Kehadiran pemain ke-12 (penyokong) juga antara faktor yang boleh lonjak semangat pemain memburu kemenangan,” katanya.

Mengulas lanjut, Amin berkata, para pemain juga perlu berwaspada dengan pasukan Chile ini kerana cara permainan pasukan tersebut tidak sama seperti yang dimainkan oleh pasukan dari benua Asia dan Eropah.

“Permainan mereka lebih kurang seperti Argentina. Jadi, kita tahu Argentina dan Chile selalu menunjukkan perbezaan taktikal serta permainan. Mereka juga ada banyak kemahiran berbeza dari Asia dan Eropah dan kita kena bersedia dari segi bertahan dan menyerang.

“Saat ini kita kena lebih banyak berikan motivasi kepada mereka pemain. Dengan apa yang mereka tengah ada sekarang ini, saya yakin kita mampu lepas peringkat kumpulan dan mara ke peringkat suku akhir.

“Perlawanan pertama amat penting untuk semua pasukan mendapatkan momentum ke perlawanan seterusnya. Jadi, kita berharap keputusan positif berpihak kepada pasukan dan meraih tiga mata penuh,” katanya.

Di atas kertas, skuad Young Tigers mempunyai kelebihan apabila Chile yang dikendalikan Matias Amoroso dikhabarkan membawa ramai pemain muda pada edisi kali ini, namun itu bukan tiket untuk skuad negara memandang mudah cabaran lawan.

“Chile datang dengan pasukan muda tetapi kita tak boleh sesekali pandang rendah. Saya tidak mahu terlalu terperinci dengan perkara ini, namun kemenangan pertama sangat penting bagi mendapatkan tiga mata dan kelebihan moral,” jelasnya.

Berdasarkan statistik, Young Tigers tidak pernah tewas dalam tiga pertemuan ke atas Chile dengan kali terakhir mencatat kemenangan 2-1 sewaktu Piala Dunia Remaja 2021 di Bhubaneswar, India.

Selepas bertemu Chile, skuad negara akan bertemu juara bertahan, Argentina malam esok sebelum melengkapkan aksi Kumpulan A menentang Australia pada Jumaat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya