Hoki dapat talian hayat

Hoki dapat talian hayat

SKUAD hoki negara mendapat talian hayat menuju kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris apabila dikekalkan dalam program Podium di bawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN). - UTUSAN/FARIS RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki negara mendapat talian hayat penting menuju ke kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris apabila dikekalkan dalam program Podium di bawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN).

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal selepas bersidang dengan Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) di MSN Bukit Jalil, semalam.

Ini bermakna skuad hoki lelaki negara akan kekal mendapat bantuan sewajarnya, baik dari segi elaun mahupun kepakaran sains sukan bagi mempersiapkan pasukan lebih ampuh menjelang aksi kelayakan yang akan berlangsung di Muscat, Oman pada 13 sehingga 21 Januari 2024.

Bukan itu sahaja, MSN juga bersetuju untuk terus melanjutkan bantuan kepada skuad hoki wanita yang turut akan mengibarkan cabaran Malaysia dalam kempen Kelayakan Sukan Olimpik Paris yang akan diadakan di Valencia, Sepanyol pada 15 Januari ini.

“Jadi Alhamdulillah, kita berterima kasih kepada MSN, terutamanya ketua pengarah yang baru, selepas berbincang, pasukan lelaki akan kekal dalam program podium sehingga Januari, tetapi untuk wanita, sebelum ini kontrak mereka dalam program Podium akan tamat pada Oktober sejurus selepas Sukan Asia Hangzhou, tetapi kita merayu agar mereka diberikan bantuan sehingga tamat kempen kelayakan pada Januari.

“Selepas kelayakan, keputusannya (sama ada kekal dalam program podium atau sebaliknya) akan ditentukan kemudian. Di pihak MHC, kami juga perlu menimbang dan melihat dengan terperinci daripada semua aspek, ia adalah berdasarkan kitaran empat tahun Sukan Olimpik. Segala perancangan akan ditentukan bergantung kepada keputusan kelayakan ini.

“Jadi tumpuan kami adalah kelayakan Sukan Olimpik pada Januari, skuad remaja pula untuk Piala Dunia yang akan bermula pada minggu hadapan,” kata Subahan.

Terdahulu, skuad hoki lelaki negara hilang keistimewaan setelah digugurkan dalam program sukan elit, Road to Gold (RTG) susulan kegagalan mereka menyambar pingat emas di Sukan Asia Hangzhou September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya