Haikal-Hon Jian mahu kekalkan momentum juara

Haikal-Hon Jian mahu kekalkan momentum juara

Muhammad Haikal Nazri dan Choong Hon Jian meraih dua gelaran berturut-turut di India.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan beregu muda negara, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian mahu memastikan momentum kejayaan akan berterusan dalam karier mereka selepas meraih dua gelaran berturut-turut di pentas antabangsa di India.

Selepas merangkul kejuaraan Antarabangsa India Syed Modi di Lucknow pada minggu lalu, Haikal-Hon Jian sekali lagi mencipta sensasi di bumi India apabila mereka membentuk gandingan hebat untuk menjuarai Masters Guwahati di Assam, kelmarin.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Tertutup Sarju Sarai, beregu No.69 dunia itu dipaksa bermandi peluh sebelum menewaskan pasangan Taiwan, Lin Bing Wei-Su Ching Heng dalam aksi straight set 21-17, 23-21.

Haikal berkata, dia bersyukur dengan kejayaan tersebut memandangkan sebelum ini tidak pernah merangkul kejuaraan berturut-turut kerana sering tersingkir di pusingan awal selepas memenangi mana-mana kejohanan.

“Alhamdulillah syukur dengan gelaran ini, saya sangat gembira dapat kekalkan prestasi kerana bukan satu perkara yang mudah untuk mendapatkan dua kejuaraan secara berturut-turut seperti ini.

“Kebiasaannya, saya dan pasangan selepas bermain baik dalam mana-mana kejohanan, kami tidak kekalkan rentak konsisten dan sering tersingkir awal di pusingan pertama atau kedua,” katanya.

Selain itu, pemain kelahiran Kelantan itu menganggap kemenangan di Guwahati Masters dan Antarabangsa India bukanlah pengakhiran kerana mereka sedia untuk mengukir lebih banyak kejayaan menjelang saingan musim baharu nanti.

“Ini bukanlah penamat untuk saya dan Hon Jian kerana kami anggap ia sebagai permulaan untuk saingan musim baharu nanti. Bagi saya, kejuaraan ini adalah penamat terbaik untuk saingan 2023,” ujarnya.

Mengulas mengenai aksi final, pemain berusia 21 tahun itu mengakui berdepan tekanan kerana mahu mengekalkan rentak konsisten meskipun kejohanan tersebut hanyalah bertaraf Jelajah Dunia Super 100.

“Masa bermain di final itu, tidak tahu kenapa rasa gementar sedangkan final minggu lalu tidak gementar sangat. Saya fikir mungkin kerana mahu kekalkan rentak kemenangan dengan memenangi gelaran kedua,” tambah Haikal.

Mereka yang mula digandingkan Ogos lalu, menunjukkan pencapaian cukup membanggakan apabila sudah meraih dua kejuaraan selain muncul naib juara pada Cabaran Antarabangsa Indonesia II pada Oktober lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya