Golden Boy rangkul tali pinggang WBC Asia

Golden Boy rangkul tali pinggang WBC Asia

GAMBAR fail Adli Hafidz (kanan) bertarung dengan lawan dari Indonesia, Bambang Rusiadi bagi merebut tali pinggang Majlis Tinju Asia (WBS) kategori middleweight.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petinju profesional negara, Adli Hafidz Mohd. Pauzi menutup tirai 2023 dengan merangkul tali pinggang Majlis Tinju Asia (WBC) 2023 selepas menumbangkan jaguh Thailand, Tanawat Ketsiri menerusi knockout (KO) dalam pertarungan di Bangkok.

Adli yang juga dikenali sebagai Golden Boy tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawan yang jauh lebih muda dalam pertarungan itu meskipun dia baru sahaja kembali daripada kecederaan putus ligamen kaki kanan.

“Saya mengambil risiko dalam perlawanan tersebut kerana enam bulan saya tidak memasuki mana-mana pertandingan. Pihak lawan adalah petinju muda yang sudah bertanding 29 perlawanan dan 16 kemenangan dan ini perlawanan yang ke lapan untuk 2023.

“Ini memberi cabaran yang kuat kepada saya kerana baru sahaja menyertai dua perlawanan pada Januari dan April lalu sebelum mengalami kecederaan yang memaksanya berehat panjang.

“Kalau dilihat pada perlawanan tersebut, saya berjaya mendapat rentak pada pusingan yang ketiga dan keempat sebelum berjaya menundukkan pihak lawan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Adli, dia akan memperluaskan karier sebagai petinju profesional walaupun umurnya hampir mencecah 30 tahun pada 2024.

“Saya mahu memperluaskan perjalanan karier sewaktu umur 30 dan memerlukan cabaran yang lebih tinggi,” katanya.

Adli berkata, dia juga perlu melakukan persiapan rapi bagi mempersiapkan diri ke beberapa kejohanan pada tahun hadapan.

“Saya hanya boleh rehat selama empat atau lima hari dan perlu menyambung latihan bagi persiapan tahun depan.

“Pada April nanti, saya akan ke Jepun untuk merebut kejuaraan dalam Kejohanan OPBF dengan menentang petinju dari negara tersebut. Selepas itu mungkin akan Kejohanan di Dubai dan Amerika Syarikat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya