Giliran West Ham aibkan Manchester United 2-0

Giliran West Ham aibkan Manchester United 2-0

Pemain Manchester United, Antony diasak oleh pemain West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pasukan Manchester United terus mempamerkan aksi suram dalam kancah Liga Perdana Inggeris apabila tewas 0-2 kepada West Ham United dalam aksi yang berlangsung di Stadium London sebentar tadi.

United yang bertandang ke gelanggan lawan dengan jersi serba putih cuba untuk merobek gawang West Ham, namun segala percubaan mereka yang diketuai Rasmus Hojlund gagal untuk menemui sasaran.

Sebaliknya, West Ham yang dibimbing David Moyes lebih agresif di babak kedua, dan gol yang dicari hadir pada minit ke 72 menerusi Jarrod Bowen.

Bowen bijak melepaskan dirinya untuk menyempurnakan hantaran silang rakan sepasukan, Lucas Paqueta untuk meletalkam tuan rumah mendahului 1-0 di hadapan.

Gol tersebut menyemarakkan lagi semangat barisan pemain West Ham dan mereka berhasil menggandakan jaringan pada minit ke 77 menerusi Mohamed Kudus.

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus ia merupakan kekalahan kesembilan dialami United dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya