Daren tinggalkan Zii Jia atas alasan peribadi

Daren tinggalkan Zii Jia atas alasan peribadi

LIEW DAREN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Liew Daren mengumumkan semalam adalah hari terakhirnya bersama pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ).

Daren, 36, memainkan peranan sebagai penolong jurulatih dan rakan sepelatih kepada Zii Jia, berkata, dia sudah pun menghantar surat peletakan jawatannya atas alasan peribadi.

“Saya pergi dengan hati yang berat tetapi turut merakam memori indah sepanjang menjadi sebahagian daripada Team LZJ.

“Team LZJ telah memberikan satu lagi episod baharu yang bermakna dalam kehidupan badminton saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Team LZJ dan selamat maju jaya kepada mereka menjelang saingan musim baharu ini,” kata Daren menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, semalam.

Daren yang pernah menjuarai saingan Terbuka Perancis pada 2012 dan memenangi pingat gangsa Kejohanan Dunia 2018 bagaimanapun menjelaskan keputusan berkenaan bukanlah pengakhirannya kerjayanya dalam badminton.

“Kepada yang menyokong dan mengikuti perjalanan kerjaya saya, ini bukanlah pengakhirannya.

“Saya mula mengenali badminton sejak kanak-kanak lagi dan mungkin ini adalah masa yang terbaik untuk mendapatkan nafas baharu sebelum mengharungi cabaran baharu,” katanya.

Untuk rekod, Daren bersama Zii Jia sejak pemain itu meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Januari 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya