Cub Prix 2024: Pelumba muda pikul cabaran Honda Yuzy

Cub Prix 2024: Pelumba muda pikul cabaran Honda Yuzy

PASUKAN Honda Yuzy Estremo Racing mempertaruhkan pelumba muda dalam kategori Perdana CP 150 sebagai pencabar utama Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2024. - IHSAN HONDA YUZY ESTREMO RACING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Honda Yuzy Estremo Racing bakal mempertaruhkan pelumba muda dalam kategori Perdana CP 150 sebagai pencabar utama Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2024.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, prinsipal pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini berkata, pasukannya akan membariskan pelumba-pelumba muda bagi mengejar misi kejuaraan musim baharu Cub Prix Malaysia selain sebagai pendedahan.

“Pada 2024, pasukan kami akan membariskan pelumba-pelumba muda seperti Ahmad Darwisy Ahmad Sahir,16 tahun bagi memberi pendedahan kepadanya dalam kategori CP150.

“Dia (Ahmad Darwisy) perlu diberi pendedahan di dalam kategori itu kerana dia juga akan mewakili dalam Asia Talent Cup.

“Kami menaruhkan penunggang muda yang meningkat naik agar memberikan cabaran pada penunggang yang lain.

“Kategori CP150 adalah perlumbaan yang sangat mencabar dan dua perlumbaan seperti Cup Prix dan Asia Talent Cup ini membolehkan dia (Ahmad Darwisy) menjadi lebih matang dalam perlumbaan,” katanya.

Bekas pelumba MotoGP negara itu juga mengharapkan kejuaraan yang dimenangi pada 2021 dapat diulangi pada Cub Prix Malaysia 2024.

“Harapan kita ingin mendapat kejuaraan seperti yang dimenangi pada 2021 dan kami merasai barisan yang dipertaruhkan adalah cukup kuat dalam merebut kejuaraan Cup Prix nanti.

“Kalau diikutkan dari segi pencapaian musim ini adalah tidak memuaskan tetapi setiap perkara yang dilaksanakan oleh mekanik dan pelumba perlu dipuji.

“Saya bersyukur kerana kita masih lagi diberi kepercayaan daripada penaja-penaja bagi menggalas tanggungjawab untuk cabaran 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya