Crystal Palace bangkit ikat City 2-2

Crystal Palace bangkit ikat City 2-2

MICHAEL Olise menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan dalam aksi menentang Manchester City, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City mula menampakkan era kejatuhan selepas hanya mencatatkan satu kemenangan dalam enam aksi terakhir mereka dan terbaharu anak-anak buah Pep Guardiola terikat 2-2 dengan Crystal Palace, semalam.

Susulan keputusan seri itu, Guardiola mengecam pasukannya yang gagal bertahan dengan baik, termasuk menghadiahkan penalti pada lewat permainan untuk membolehkan Palace melakar kebangkitan untuk mengutip satu mata.

Jack Grealish dan Rico Lewis menjaringkan gol pada separuh masa pertama di Stadium Etihad, tetapi Jean-Philippe Mateta membalas satu gol untuk Palace dan kemudian Michael Olise menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-95.

Keputusan seri menyebabkan City gagal merapatkan kedudukan dengan dengan kelompok tiga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kekal berada di tangga keempat dengan 34 mata, tiga mata dibelakang pendahulu Liverpool.

“Ia bukan nasib malang (seri), tetapi kami sememangnya patut dapat keputusan ini. Anda melihat peluang yang kami cipta dan bolos, ia agak serupa dengan sepanjang musim ini,” kata Guardiola yang marah kepada pemberita selepas perlawanan.-AGENSI

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Nottm. Forest 0-2 Tottenham
Chelsea 2-0 Sheffield United
Newcastle 3-0 Fulham
Burnley 0-2 Everton

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya