Bidoglio bimbing semula JDT

Bidoglio bimbing semula JDT

Hector Bidoglio (kiri) yang akan membimbing JDT bertukar dokumen dengan Alistair Edwards, semalam. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hector Bidoglio kembali membimbing kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Esteban Solari setelah kontraknya tidak disambung.

Perkembangan itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards menerusi hantaran dalam Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers semalam.

Menurut Edwards, Bidoglio bukan asing bagi skuad Harimau Selatan kerana pernah berkhidmat seketika sebagai ketua jurulatih JDT dari Julai hingga November tahun lalu sebelum dilantik sebagai Pengarah Teknikal JDT.

Katanya, ketua jurulatih berusia 55 tahun itu telah membimbing Harimau Selatan menjadi juara Liga Super Malaysia, Piala Malaysia dan Piala FA sepanjang tempoh itu.

“Beliau akan dibantu oleh penolong jurulatih musim lalu, Pablo Ricchetti dan penolong jurulatih baharu dari Argentina selain beberapa jurulatih termasuk kakitangan kecergasan dan perubatan yang akan menyertai kelab pada musim depan.

“Pemain veteran JDT, Aidil Zafuan Abd. Radzak yang diumumkan meninggalkan pasukan itu selepas 10 tahun juga akan menyertai barisan kejurulatihan Hector,” katanya.

Untuk rekod, Bidoglio memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys dan pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

Dia juga pernah meluangkan masa bersama beberapa kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis, dan telah berguru dengan pengurus terkenal Marcelo Bielsa ketika bersama pasukan kebangsaan Chile pada 2009.

Semalam, pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan beberapa lagi pemain akan meninggalkan kelab sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan musim depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya