Bendera, kain rentang gergasi iringi Terengganu FC

Bendera, kain rentang gergasi iringi Terengganu FC

AHLI kelab penyokong Geng 12 bergotong-royong menyiapkan kain rentang bersaiz gergasi bagi memberi sokongan kepada TFC di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Bendera negeri dan kain rentang bersaiz gergasi akan mengiringi perjuangan Terengganu FC (TFC) dalam aksi final Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Pengerusi Kelab Penyokong Bolasepak dan Futsal Terengganu (Geng 12), Mohd. Juslihadi Mohamad berkata, mereka bergotong-royong bagi menyiapkan bendera dan kain rentang berkenaan.

Menurut Mohd. Juslihadi, hampir RM3,000 dibelanjakan dengan kerja-kerja menghasilkan bendera dan kain rentang bersaiz 15 x 15 meter itu dimulakan sejak Jumaat lalu.

Jelasnya, bendera dan kain rentang gergasi dengan kata-kata semangat kepada pasukan kesayangan itu diharap dapat menaikkan moral pemain Sang Penyu selain memeriahkan suasana final.

“Kerja-kerja mengecat nampak mudah lebih-lebih lagi hanya menggunakan dua warna iaitu putih dan kuning tetapi sebenarnya mengambil masa agak lama kerana saiznya yang besar.

“Komitmen ditunjukkan ahli Geng 12 sangat tinggi walaupun bekerja 24 jam tanpa henti menyiapkan bendera negeri dan kain rentang gergasi demi menzahirkan sokongan kepada TFC.

“Tahun lalu ketika final Piala FA, ‘Geng 12’ turut menyatakan sokongan dengan kain rentang bersaiz kecil jadi untuk tahun ini kami lebih teruja dan mahu membuat kelainan.

“Selain melalui bendera dan kain rentang, kami juga akan hadir dengan 10 buah bas sudah bersedia membawa kira-kira 500 ahli kelab,” katanya ketika ditemui di Kampung Tebakang dekat Bukit Payung, di sini, semalam.

Jelas Mohd. Juslihadi, idea menghasilkan bendera dan kain rentang gergasi adalah bagi menghargai ahli Geng 12 yang tidak pernah terlepas memberi sokongan kepada TFC termasuk di tempat lawan.

Lebih unik lagi, katanya, pemilihan kata-kata semangat untuk dipaparkan di kain rentang itu dibuat melalui pertandingan secara dalaman yang disertai ahli kelab penyokong tersebut.

Sementara itu, Mohd. Faeizzudin Khairuddin, 26, berkata, dia berulang-alik dari Paka, Dungun, untuk bergotong-royong menyiapkan kain rentang dan bendera negeri bersaiz gergasi itu 

“Selepas berputih mata tewas kepada lawan sama dalam final Piala FA tahun lalu, kami meletakkan harapan tinggi kali ini agar TFC membawa pulang trofi Piala Malaysia buat kali pertama sejak 2001.

“Nasihat kami kepada pemain agar beraksi bersungguh-sungguh sepanjang 90 minit dan saya meramalkan TFC mampu sekurang-kurangnya menang tipis 1-0 atau 2-1,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya