Badminton ambil langkah drastik gugur tiga pemain  

Badminton ambil langkah drastik gugur tiga pemain  

Hendrawan bersama Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky (kanan) dalam sidang akhbar di Bukit Kiara, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akademi Badminton Malaysia (ABM) membuat rombakan dalam skuad perseorangan lelaki negara dengan menggugurkan tiga pemain antaranya Lee Shun Yang.

Selain Shun Yang, dua lagi pemain yang digugurkan adalah Chia Jeng Hon dan Rex Hooi Shao Heng.

Keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian prestasi mereka ketika beraksi dalam kejohanan antarabangsa selain komitmen dalam sesi latihan.

Shun Yang pernah menjadi juara Kejohanan Antarabangsa Hellas pada 2021 pernah diibaratkan sebagai antara harapan baru skuad perseorangan negara, namun perkara sebaliknya berlaku apabila prestasinya kian merudum. 

Begitupun, jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan menjelaskan Shun Yang masih dibenarkan untuk kekal berlatih di ABM, namun sebagai rakan regu kepada pemain-pemain sedia.

“Kita tahu bahawa mungkin antara lapan atau 10 pemain, tidak semuanya boleh jadi juara. 

“Tetapi kita juga perlu pemain yang menyokong sistem latihan kami, maksudnya contoh kita fokus Leong (Jun Hao), Justin (Hoh), (Ng) Tze Yong, dalam masa yang sama kita juga memerlukan orang orang yang boleh menyokong mereka dalam menyediakan kualiti latihan juga, sebab itu kita tawarkan Shun Yang untuk menjadi rakan regu latihan secara sepenuh masa.

“Shun Yang seorang pemain yang bagus dan menampilkan perlakuan yang baik dalam sesi latihan tetapi dia tidak mampu menterjemahkan semua itu ketika beraksi di kejohanan,” jelas Hendrawan dalam sidang media yang dijalankan di ABM, Bukit Kiara semalam.

Selain pengguguran pemain, skuad perseorangan lelaki turut membahagikan pemain kepada dua kumpulan iaitu Gred A yang terdiri daripada Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao, Justin Hoh dan pemain remaja yang baru dinaikkan ke skuad senior, Eogene Ewe.

Barisan pemain Gred B pula terdiri daripada Shaqeem Eiman Shahyar, Chua Kim Sheng, Ong Ken Yon, Ong Zhen Yi dan Jacky Kok.

Perbezaan antara dua gred pemain ini adalah pemain yang berada dalam Gred B dikurangkan penyertaan mereka ke kejohanan antarabangsa iaitu sekitar empat sehingga enam kejohanan setahun, berkuat kuasa pada 2024.

“Mereka masih boleh memperbaiki kedudukan mereka untuk dimasukkan dalam Gred A, dengan syarat mereka menunjukkan keputusan yang bagus apabila kita menghantar mereka menyertai kejohanan luar,” tambah Hendrawan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya