Arsenal kembali gayat, tumbangkan Brighton 2-0

Arsenal kembali gayat, tumbangkan Brighton 2-0

Barisan pemain Arsenal meraikan kemenangan 2-0 mereka ke atas Brighton dalam aksi yang berlangsung di Stadium Emirates sebentar tadi. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal kembali merampas semula takhta Liga Perdana Inggeris untuk seketika selepas membenam Brighton dengan keputusan 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Emirates sebentar tadi.

The Gunners mengekalkan kesebelasan terbaik mereka untuk menentang skuad Brighton yang dikendalikan Roberto de Zerbi, namun tiada gol dapat dijaringkan pada separuh masa pertama.

Arsenal tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan di separuh masa kedua, apabila Gabriel Jesus memanfaatkan kesilapan pemain Brighton, Jan Paul van Hecke untuk menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol, Bart Verbruggen pada minit ke 53.

Gol tersebut menyemarakkan semangat anak buah Mikel Arteta, dan mereka berhasil menambah satu lagi jaringan menerusi pemain tengah, Kai Havertz pada minit ke 87.

Biarpun perlawanan diberikan masa tambahan selama enam minit, namun Brighton gagal untuk menembusi gawang Arsenal sekaligus memberikan kemenangan berharga buat tuan rumah.

Arsenal kini memimpin carta Liga Perdana Inggeris dengan 39 mata, namun pencabar utama, Liverpool yang kini mengekori rapat dengan 38 mata mungkin akan merampas semula kedudukan itu jika berjaya mengatasi Manchester United.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya