Argentina cemas sebelum menang ke atas Australia

Argentina cemas sebelum menang ke atas Australia

KUALA LUMPUR, 05 DISEMBER 2023 - Pemain Australia, Mallon Toby cuba melepasi pemain Argentina, Rey Matias (kiri) dalam aksi peringkat kumpulan A Piala Dunia Hoki Junior Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. Argentina menang 1-0 ke atas Australia. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Argentina diberi tentangan sengit sebelum beroleh kemenangan tipis 1-0 ke atas Australia dalam aksi pembuka tirai Kumpulan A pada Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, dekat sini, hari ini.

Jaringan tunggal skuad bimbingan Juan Gilardi itu disempurnakan oleh Ignacio Nardolillo pada minit ke-58 hasil gol padang.

Argentina yang hadir kali ini untuk mempertahankan gelaran dimenangi mereka di Bhubaneswar, India, dua tahun lalu, turut diletakkan bersama-sama tuan rumah, Malaysia dan juga Chile.

Nardolillo ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkata, dia dan rakan sepasukan sememangnya sudah menjangkakan tentangan sengit bakal diterima mereka pada pertemuan tersebut.

KUALA LUMPUR, 05 DISEMBER 2023 – Pemain Australia, Geddes Campbell bersama rakan sepasukan, Roberts Campello Nye bersaing dengan pemain Argentina untuk mendapatkan bola dalam aksi peringkat kumpulan A Piala Dunia Hoki Junior Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. Argentina menang 1-0 ke atas Australia. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI

“Saya gembira kerana berjaya membantu pasukan untuk mencatat kemenangan dan ini semua adalah hasil usaha keras kami sebagai satu pasukan,” katanya.

Skuad remaja negara bakal menjadi lawan Argentina dalam aksi berikut, esok, selepas berdepan Chile dalam perlawanan pertama, malam ini.

Ketika diajukan pertanyaan mengenai aksi berdepan Malaysia, Nardolillo memberitahu, satu lagi perlawanan sukar perlu diharungi mereka apabila menentang skuad bimbingan Muhammad Amin Rahim yang beraksi di hadapan penyokong sendiri.

“Kami tidak boleh memandang rendah cabaran yang bakal hadir daripada Malaysia, penting untuk kami kekal fokus sebagai persiapan terbaik bagi memburu kemenangan kedua,” ujarnya.

Sementara itu, dalam aksi Kumpulan B, Jerman membenam Afrika Selatan 5-3, manakala, Perancis pula menewaskan Mesir 3-1.

Untuk saingan Kumpulan C, Sepanyol berpesta gol apabila membelasah Kanada 7-0 dan satu lagi aksi membabitkan India yang tidak berdepan masalah menumbangkan Korea Selatan 4-2. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya