Amir Amri presiden baru Kesatuan Ragbi Malaysia

Amir Amri presiden baru Kesatuan Ragbi Malaysia

Amir Amri Mohamad (empat dari kanan) dipilih menjadi presiden baru Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) untuk penggal 2023-2027.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) mendapat kepimpinan yang baru untuk tempoh lima tahun akan datang selepas Amir Amri Mohammad dipilih sebagai presiden badan induk itu untuk penggal 2023-2027 menerusi Mesyuarat Agung Tahunan MRU yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini.

Amir yang juga Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu meraih 27 undi mengatasi pencabarnya, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique yang sekadar mendapat 11 undi untuk dinobatkan sebagai presiden baru MRU.

Tiada pertandingan membabitkan jawatan Timbalan Presiden yang menyaksikan Mohd Azmir Zainul Abidin diisytihar menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan Naib Presiden, ia bakal disandang Syamsul Erwin Muhammad Lagis dan Abdul Rashid Adlie selepas masing masing memperoleh 29 dan 22 undi untuk mengatasi dua lagi calon, Mohsin Surin (19 undi) dan Raimi Mohd Yusof (12 undi).

Jawatan Ahli Majlis pula menyaksikan ia diisi oleh enam orang calon antaranya Nik Ramadhan Nik Abdullah, Mohammad Faeez Mohammad Alias, Hamrizal Hamdan, Shahizam Tukiran dan Muhammad Najib Hamzah, manakala Hazeline Assyiqaf Jaafar dipilih tanpa perlu bertanding memandangkan perlembagaan MRU menetapkan perlu sekurang-sekurangnya seorang wakil wanita dalam senarai exco badan induk itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya