Ahmad Fizzi bakal ‘meletup’

Ahmad Fizzi bakal ‘meletup’

AHMAD Fizzi Rosni berpotensi untuk memikul cabaran negara dalam sukan Para. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet para Johor yang sedang meningkat, Ahmad Fizzi Rosni berpotensi menjadi pengganti kepada pelari pecut negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai pelapis.

Presiden Persatuan Olahraga Para Negara, Mohammad Zarrawi Ravi Abdullah berkata, Ahmad Fizzi sebelum ini menyumbang pingat emas untuk negerinya dalam acara 100 meter T36 (cerebral palsy) dalam Para Sukan Malaysia (SUKMA) di Bukit Jalil, tahun lalu.

“Kita harap ada pengganti dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) baru-baru ini dan akan yang akan datang.

“Program kenal pasti bakat baharu perlu dilaksanakan dengan baik sebab kita lihat pengganti-pengganti ini perlu dicari,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Sukan, kelmarin.

Sebelum ini Mohamad Ridzuan terlepas peluang untuk mempertahankan emas 100 meter (m) T36 (cerebral palsy) dalam Sukan Para Asia Hangzhou disebabkan kesalahan di garisan mula.

Ridzuan, 36, yang lebih mesra disapa Dikwan kecewa kerana keinginan tinggi untuk menang mungkin antara punca juara Paralimpik Rio 2016 itu melakukan kesilapan, sekali gus gagal mempertahankan emas yang dimenangi dalam temasya Jakarta-Palembang 2018.

Bagaimanapun, Mohammad Zarrawi berkata, Dikwan masih mempunyai harapan untuk pergi ke Sukan Paralimpik 2024 di Paris.

“Dikwan perlu mendapat tempat di Kejohanan 15th Fazza Dubai Grand Prix pada bulan Februari tahun hadapan dan seterusnya pergi ke Kobe untuk kelayakkan yang terakhir.

“Kita harap dia (Ridzuan) ada peluang tetapi perlu diingati pertandingan adalah sangat sengit dan kalau dia kayak adalah sangat baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya