Aaron-Wooi Yik mahu tepis badi di Hangzhou

Aaron-Wooi Yik mahu tepis badi di Hangzhou

AARON Chia-Soh Wooi Yik menewaskan pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, 21-15, 17-21, 9-21 pada perlawanan pusingan pertama Masters Jepun di Gimnasium Wilayah Kumamoto, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serik terus dikecewakan menjelang penampilan keempat mereka di Kejohanan Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang akan bermula 13 hingga 17 Disember ini di Hangzhou.

Sejak mula layak beraksi di kejohanan itu buat julung kalinya pada edisi 2019, Aaron dan Wooi Yik belum pernah berjaya melepasi peringkat kumpulan.

Lebih perit, walaupun turun dengan reputasi sebagai juara dunia pada edisi tahun lalu, Aaron dan Wooi Yik menampilkan persembahan buruk di Hangzhou sehingga kalah kesemua tiga perlawanan mereka dalam peringkat kumpulan, sekali gus gagal mara ke peringkat separuh akhir.

“Bagi saya, kami berdua kena letakkan satu sasaran di kejohanan ini memandangkan kami sudah beraksi di kejohanan ini sebanyak tiga kali. Kami harap kali ini kami dapat melepasi peringkat kumpulan walaupun sebenarnya bukanlah senang, kerana semua yang layak adalah yang terbaik.

“Kami bukan ke sana untuk kutip mata ranking, sasaran kami sentiasa tinggi. Semua orang pun tahu, kami kena tunjukkan prestasi seiring dengan kedudukan ranking kami ketika ini. Kami mahu daki lebih tinggi lagi dalam kedudukan ranking, dan pastinya beraksi dengan lebih baik di Sukan Olimpik Paris.

“Kami akui strategi kami kurang berkesan ketika di Masters China tempoh hari, tetapi kami telah memberikan segala-galanya dalam gelanggang. Dari segi prestasi, saya boleh katakan kami masih lagi dalam keadaan terbaik cuma mungkin ada kekurangan dari segi strategi dan itu kami perlu perbaiki sebelum bermulanya kejohanan di Hangzhou nanti,” kata Wooi Yik ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Selain Aaron dan Wooi Yik, mereka turut akan ditemani oleh satu lagi gandingan beregu campuran, iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang bakal membuat penampilan sulung dalam kejohanan tersebut.

Berbeza dengan kejohanan antarabangsa yang lain, format untuk saingan ini memperuntukkan hanya lapan pemain/beregu terbaik untuk setiap acara akan layak ke saingan ini menerusi kedudukan ranking Jelajah Dunia BWF dan seterusnya mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Dua pemain/beregu terbaik akan meneruskan kemaraan ke separuh akhir dan seterusnya dua wakil terbaik akan membuat perhitungan di final.

Kali terakhir beregu lelaki negara berjaya merangkul gelaran juara untuk saingan ini adalah menerusi Goh V Shem-Tan Wee Kiong, ketika itu kejohanan ini dinamakan sebagai Super Siri Final sebelum dijenamakan sebagai Kejohanan Akhir Jelajah Dunia BWF pada 2018.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya