Wei Chong-Kai Wun tak boleh kalah lagi

Wei Chong-Kai Wun tak boleh kalah lagi

Beregu muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dilantik sebagai duta besar syarikat pemaju hartanah, NCT Alliance.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun meraih sokongan luar biasa dalam usaha mereka merebut tiket ke Sukan Olimpik 2024 apabila dilantik sebagai duta besar syarikat pemaju hartanah, NCT Alliance.

Wei Chong-Kai Wun yang kini menduduki tangga ke-22 dunia telah menandatangani perjanjian selama setahun dengan korporat itu yang akan melaksanakan Kejohanan Badminton Junior NCT sebagai usaha membentuk pelapis dari akar umbi.

Biarpun berada di kedudukan yang agak jauh berbanding dua gandingan senior, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (No. 2 dunia) dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin (No. 11 dunia), namun peluang untuk meraih tempat ke temasya itu masih terbuka walaupun mempunyai tempoh kurang setahun dari sekarang.

“Kami berterima kasih kepada penaja kami, ini sudah tentu meningkatkan lagi tahap keyakinan dan semangat kami. Kami akan cuba menghasilkan keputusan terbaik bagi membalas kepercayaan mereka.

“Peluang untuk layak ke Olimpik masih ada kerana kami ada lebih kurang setengah tahun lagi ke pusingan kelayakan. Kami kena fokus untuk buat persembahan terbaik dalam kejohanan besar, tidak boleh lagi kalah di pusingan pertama atau kedua,” kata Wei Chong.

Turut hadir pada majlis itu Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, Pengarah Urusan Kumpulan NCT Alliance, Datuk Seri Yap Ngan Choy dan Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh.

“Kami bangga berdiri bersama juara masa depan bagi memulakan perjalanan tanpa henti membanggakan negara. Kerjasama dengan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun ini mencerminkan kepercayaan kami terhadap bakat mereka,” kata Ngan Choy.

Dalam perkembangan sama, NCT Alliance turut mengumumkan kerjasama dengan Kelab Badminton Petaling (Petaling BC) bagi penganjuran Kejohanan Badminton Junior NCT untuk mencungkil bakat-bakat baharu.

“Inisiatif ini adalah memberi inspirasi kepada Siri Kejohanan Badminton di seluruh negara termasuk Road to NCT Junior Badminton Championship yang berprestij, menyasarkan penyertaan dari umur antara 9 hingga 16 tahun.

“Komitmen kami adalah untuk memperkasakan bakat muda melangkaui penajaan individu dan mewujudkan platform untuk generasi muda bersinar dan cemerlang,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya