Utusan Malaysia muncul naib juara boling PFAM

Utusan Malaysia muncul naib juara boling PFAM

PASUKAN Utusan Malaysia muncul naib juara Kejohanan Boling Anjuran Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Utusan Malaysia muncul naib juara Kejohanan Boling Anjuran Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) yang diadakan di Wangsa Bowls, One Utama, kelmarin.

Kejayaan tersebut membolehkan pasukan yang dianggotai wartawan meja sukan Utusan Malaysia membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM300 beserta hamper.

Dalam kejohanan yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) itu, pasukan Harian Metro muncul juara, manakala pasukan RTM Bowlers memenangi tempat ketiga.

Kejohanan tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safee Sali, Razman Roslan dan juga Norazlan Razali.

Safee yang juga merupakan Presiden PFAM berkata, kejohanan berkenaan dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubuungan pihak media dengan persatuan.

“Melalui program sebegini, kita dapat eratkan hubungan dengan pihak media dan mereka (media) juga dapat perkembangan PFAM dan bola sepak khususnya.

“Kejohanan ini adalah acara tahunan dan kita akan memastikan pengajurannya berlangsung meriah setiap tahun dengan pengisian program yang menarik,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya