Utusan Malaysia meriahkan Kejohanan Badminton TNB-Media

Utusan Malaysia lakar kejutan, meriahkan Kejohanan Badminton TNB-Media 2023

Pasukan Utusan Malaysia berjaya mara sehingga suku akhir Kejohanan Badminton Media-TNB 2023 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, Bangsar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Utusan Malaysia melakar kejutan tersendiri apabila mara sejauh peringkat suku akhir di Kejohanan Badminton Berpasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan TNB, Bangsar hari ini.

Kejohanan badminton edisi pertama yang dianjurkan TNB ini menyaksikan sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian dengan menggunakan format pertandingan berpasukan yang menampilkan acara beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Pasukan Utusan Malaysia dibarisi Hakimi Ismail, Shazwan Yusop, Nur Alia Allisya, Nor Liyana Tarmizi, Zuhaily Badlishah dan Nur Aimi Hazirah Azmal serta Adam Zamri sebagai pengurus pasukan berjaya mengenepikan Bernama Wires 3-0, dan seterusnya menang ke atas Harian Metro 2-1 untuk mara ke peringkat suku akhir sebagai juara Kumpulan D.

Begitupun langkah Utusan Malaysia terhenti apabila tumpas kepada New Straits Times/Berita Harian dengan keputusan 1-2, sekaligus berpuas hati untuk menjadi lapan pasukan terbaik dalam kejohanan ini.

Juara milik pasukan Sin Chew Daily yang menewaskan TV3 News United dalam perlawanan akhir untuk membawa pulang trofi dan hadiah kemenangan, sementara Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengakhiri saingan di tempat ketiga.

Kejohanan dirasmikan Pemangku Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Wan Seri Rahayu Wan Mohd Said manakala hadiah kemenangan pula disampaikan oleh Ketua (Komunikasi Luaran) Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Datin Ruslinda Ibrahim.

“Bagi kami di TNB, penganjuran kejohanan bersama media seperti ini adalah penting, terutama sekali setelah beberapa tahun kita melalui lockdown sebagainya.

“Media banyak memberi sokongan kepada TNB dan ini merupakan salah satu aktiviti yang kita anjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan antara TNB bersama media.

“Selain itu, aktiviti ini juga merupakan cara kita menghargai rakan-rakan media di samping berkenal-kenalan lebih rapat dengan media,” jelas Wan Seri Rahayu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya