United perlu bayar lebih RM86.7 juta jika pecat Ten Haq

United perlu bayar lebih RM86.7 juta jika pecat Ten Haq

ERIK TEN HAG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United perlu membayar lebih 15 juta pound (RM86.7 juta) kepada Erik Ten Hag jika mereka bertindak memecat pengurus dari Belanda itu.

Ten Hag berdepan tekanan selepas permulaan buruk United dalam semua saingan musim ini, termasuk mereka tewaskan 3-0 kepada Manchester City Ahad lalu.

Awal pagi ini, mereka juga tersingkir dan gagal mempertahankan Piala Liga selepas tumpas 3-0 kepada Newcastle United di Old Trafford, sekali gus menambah tekanan kepada Ten Haq.

Kini tumpuan beralih kepada masa depan Ten Hag, tempoh ‘bulan madu’ buatnya juga sudah berakhir dan perlu memastikan persembahan pasukan meningkat.

Laporan Daily Mirror telah mendedahkan aspek kewangan yang akan melibatkan pemecatan Ten Hag.

Menurut laporan itu, United perlu memberikan pengurus itu bayaran yang bernilai lebih daripada RM86 juta, mencerminkan jumlah yang akan dia perolehi daripada baki kontraknya sehingga 2025.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya