Umar sedia letupkan rekod kebangsaan 400 meter sekali lagi

Umar sedia letupkan rekod kebangsaan 400 meter sekali lagi

Atlet olahraga negara, Umar Osman (kiri) mendapat tajaan daripada jenama sukan terkemuka dari Jepun, Asics hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet olahraga negara, Umar Osman merasakan tiada yang mustahil untuk dia cuba memecahkan rekod kebangsaan acara lari 400 meter (m) miliknya pada tahun hadapan setelah gagal berbuat demikian ketika Sukan Asia Hangzhou bulan lalu.

Umar mendedahkan bahawa dia mengalami kecederaan di pangkal paha sebelum beraksi di Hangzhou, namun masih mampu melakukan larian dalam lingkungan 46 saat (s).

Untuk tahun ini sahaja, Umar sudah pun memecahkan tiga kali rekod kebangsaan 400m, bermula dengan kejayaan sensasi di Sukan SEA Kemboja pada Mei lalu dengan catatan 46.34s, sekaligus dia memperbaharui rekod 22 tahun yang dipegang Zaiful Zainal Abidin sejak 2001.

Dua lagi rekod dipecahkan Umar ketika menyertai Sukan Universiti Dunia di Chengdu, China dengan catatan 46.33s dan selang beberapa jam kemudian, ia diperbaharui menjadi 46.09s.

Justeru berdasarkan prestasi yang konsisten ditampilkan Umar pada tahun ini, atlet berusia 20 tahun itu yakin dia mampu memecahkan lagi rekod tersebut pada tahun hadapan.

“Kalau tidak disebabkan kecederaan tersebut, saya rasa saya mampu untuk pecahkan rekod kebangsaan. Ketika di Sukan Asia tempohari, dalam kecederaan pun saya masih mampu melakar masa 46.58s.

“Untuk tahun hadapan, saya masih belum pasti perancangan yang ditetapkan untuk saya tetapi saya rasa tiada masalah untuk saya berlari dalam lingkungan waktu tersebut (rekod kebangsaan),” jelas Umar ketika ditemui Majlis Tandatangan Penajaan bersama jenama sukan terkemuka dari Jepun, Asics di ibukota hari ini.

Dari kiri: atlet maraton, Haziq Hamzah, atlet lempar cakera wanita, Queenie Ting, Pengurus Negara Asics,, Boon Tib Soom Nik dan Umar.

Turut sama mendapat tajaan daripada pengeluar barangan sukan Jepun itu adalah atlet lempar cakera wanita, Queenie Kung dan pelari maraton, Haziq Hamzah.

Dalam masa yang sama, Umar turut menjelaskan dia kini dalam persediaan untuk mengambil peperiksaan Bahasa Inggeris Duolingo (DET) bagi membolehkannya melanjutkan pelajaran dan latihan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun hadapan. 

“Saya memang berasa gementar (untuk mengambil peperiksaan berkenaan) kerana takut tak dapat. Sekarang status belum tahu lagi. Selepas selesai perkara berkenaan barulah untuk ke peringkat seterusnya,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya