Tze Yong tewas, kempen Malaysia di Terbuka Hylo berakhir

Tze Yong tewas mengejut, kempen Malaysia di Terbuka Hylo berakhir

Ng Tze Yong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hari suram buat kem badminton Malaysia di Jerman apabila kesemua wakil negara yang beraksi di Terbuka Hylo terkandas di pusingan kedua.

Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dilihat bergelut ketika beraksi menentang pemain Republik Czech, Jan Louda.

Tze Yong yang merupakan pilihan keempat kejohanan ditunjukkan jalan keluar selepas tewas mengejut dengan keputusan 10-21, 7-21.

Nasib sama turut menimpa beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai apabila sukar untuk menandingi taktikal lawan dari Hong Kong, Tan chun Man-Tse Ying Suet yang berkesudahan dengan keputusan 13-21, 14-21.

Manakala Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula tumbang kepada pilihan kelima kejohanan dari Belanda, Selena Piek, Robin Tabeling dengan 16-21, 21-19, 16-21.

Beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin yang turun sebagai pilihan ketiga kejohanan turut akur tunduk kepada pasnagan China, Chen Bo Yang-Liu Yi dengan keputusan 12-21, 19-21.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya