Tugas besar menanti Zii Jia tahun depan

Tugas besar menanti Zii Jia tahun depan

LEE Zii Jia menyifatkan menentang Taiwan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 hari ini menyediakan peluang sama rata.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menyedari dia akan berdepan banyak tugasan yang memerlukannya berusaha lebih baik bagi menghasilkan keputusan cemerlang dan konsisten dalam saingan musim hadapan. 

Pemain berusia 25 tahun itu mengakui perkara tersebut selepas menutup kempen musim 2023 dengan kekecewaan apabila terlepas peluang mara ke separuh akhir Masters China, semalam.

Dalam aksi itu, pemain No.11 dunia itu tewas kepada wakil Jepun, Kenta Nishimoto  21-11, 12-21 dalam perlawanan straight set yang berlangsung selama 40 minit.

Anak kelahiran Kedah itu turut memberitahu akan bercuti seketika sebelum kembali melakukan latihan bagi persiapan menghadapi saingan musim 2024 dengan penampilan yang akan bermula di tanah air, Terbuka Malaysia pada Januari. 

“Hari ini, Kenta bermain dan bertahan dengan baik. Banyak pukulan serangan yang saya lakukan tidak beri kelebihan kepada saya. 

“Sudah tentu saya kecewa dengan kekalahan ini kerana ini merupakan kejohanan terakhir saya tahun ini. Saya akui banyak yang perlu dilakukan untuk saya lebih konsisten mengharungi musim hadapan. 

“Saya akan bercuti seketika dan kembali berlatih selepas itu. Diharapkan saya dapat menghasilkan keputusan terbaik di laman sendiri (Terbuka Malaysia) nanti,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Mengulas prestasi keseluruhannya untuk tahun ini, Zii Jia yang dibelenggu prestasi tidak menentu bagaimanapun agak berpuas hati dengan kejohanan-kejohanan yang disertainya pada penghujung musim di mana dia beroleh keputusan yang semakin baik. 

“Saya boleh katakan, kebanyakan kejohanan yang saya sertai hujung tahun ini semakin baik dan lebih baik, walaupun kejohanan ini (Masters China) agak mengecewakan,” katanya.

Untuk rekod, Zii Jia berjaya merangkul satu kejuaraan di Terbuka Artik di Vantaa, Finland selain muncul naib juara di Terbuka Denmark, bulan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya